Imam Masjid di UK ini turut Bertugas Sebagai Anggota Polis - "Ia Tidaklah Sesukar Seperti yang Saya Jangka" - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Imam Masjid di UK ini turut Bertugas Sebagai Anggota Polis – “Ia Tidaklah Sesukar Seperti yang Saya Jangka”

Avatar
Share

Kesibukan tugas sebagai seorang Imam masjid bukannya alasan buat Emad Choudhry, 29, untuk melakukan tugas dengan cemerlang sebagai polis “PC” (Police Constable) di Unit West Midlands Police, United Kingdom. 

Difahamkan, Emad merupakan Imam pertama di UK yang pada masa sama bertugas sebagai anggota polis. 

Terdahulu, Emad bertugas sebagai imam selama lima tahun di Masjid Bahu Trust di Balsall Heath, Birmingham, England sebelum mengikuti kusrsus pegawai latihan pada tahun 2018. Dia kemudian berjaya melengkapkan syif tindak-balas buat kejiranan Edgbaston dan kemudian ditempatkan di unit “Project Guardian” – memfokuskan kepada jenayah menggunakan pisau dan keganasan belia. 

Meskipun kini tidak lagi menjadi Imam untuk solat Fardu, Emad masih bertugas sebagai Imam untuk solat Jumaat di Masjid Bahu Trust. Apa yang menarik, menurut Emad, menggalas kedua-dua tugas tersebut tidaklah sesukar yang dijangkakan.

“Mulanya saya ingat sukar untuk melalukannya. Saya seorang imam masjid, pada masa sama seorang anggota polis. Saya solat lima kali sehari mengikut waktu yang ditetapkan. Realitinya, ia tidaklah sukar kerana ketua (Inspektor) memahami rutin saya sebagai seorang Muslim. Tambahan, ketika bekerja saya boleh solat di mana-mana sahaja waima tepi jalan sekali pun jadi ia tidak menjadi masalah,” ujar Emad. 

Awal tahun ini, Emad dan Masjid Bahu Trust memenangi anugerah “Bandar Paling Selamat” dianjurkan United Nations melalui video yang dihasilkan berkaitan kisah ibu-ibu yang terkesan berikutan anak-anak yang terkorban dalam jenayah menggunakan pisau serta ibu-ibu kepada si pembunuh. 

“Ini (menangani jenayah) merupakan passion saya. Di kejiranan saya (Sparkbrook, Birgmingham), ramai yang menjadi mangsa. Saya arif tentang kejiranan ini. Saya ingin menggunakan akses yang saya ada mengatasi jenayah di kawasan ini,” ujar beliau. 

Sumber: SWNS

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!