“Wow, First Time Tengok Isi Minyak Macam Ni” Stesen Minyak Klasik Ini Curi Perhatian Warganet );

Type to search

Adamedia Isu Best

“Wow, First Time Tengok Isi Minyak Macam Ni” Stesen Minyak Klasik Ini Curi Perhatian Warganet

Share
warganet

Kebanyakan stesen minyak di Malaysia ketika ini sudah memiliki pelbagai fasiliti dan restoran makanan yang menarik seperti 7-Eleven, McDonald, KFC dan pelbagai lagi kemudahan yang lain.

Namun lain pula ceritanya apabila stesen minyak ini masih mengekalkan ciri klasik dan asli yang semakin sukar untuk dilihat di bandar pada hari ini.

Terletak di Dabong, Kelantan, perkongsian video Tiktok ini dilihat mencuri perhatian warganet apabila ianya mendapat 52.7 ribu tanda suka.

Stesen minyak yang beroperasi dalam sebuah kedai kayu berkenaan dilihat menggunakan balang penyedut untuk memproses dan mengisi petrol ke kereta dengan menggunakan paip getah.

Difahamkan, pam berkenaan menyedut petrol dari tong menyimpan petroleum sebelum disalurkan ke dalam pam dan seterusnya melalui paip getah untuk sampai ke tangka kenderaan.

Ruangan komen dipenuhi dengan komen warganet yang rata-rata kagum dengan kewujudan stesen pam minyak klasik seperti itu.

warganet

 

“Kat mana ni first time a tengok tapi cool”

 

warganet

Zaman moden sekarang ni masih ada lagi stesen minyak ‘rare’ macam ni kan? Mungkin ianya bukanlah satu perkara yang pelik buat masyarakat di Dabong namun bagi mereka yang berada di kawasan bandar, ianya satu pengalaman yang sangat unik.

Bagaimana pula dengan anda, kali pertama lihat macam penulis juga ke?

 

[Sumber: Tiktok]

 

Baca Juga: Maskot Oma & Hana Bakal Dikirim Pada Paul Pogba Sempena Hari Jadi Anaknya

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!