Viral - Stesen Minyak Petronas Paling Mewah Di Malaysia

Type to search

Adamedia Isu Best

Viral – Stesen Minyak Petronas Paling Mewah Di Malaysia

Share
minyak

Pernahkah anda terfikir bahawa stesen minyak juga boleh dijadikan sebagai destinasi tempat makan menarik?

Kebanyakan orang akan berhenti di stesen minyak sekiranya kehabisan petrol ataupun ingin menggunakan tandas awam, namun lain pula ceritanya di Petronas yang terletak di laluan NKVE Subang – Damansara ini.

Mempunyai lima buah restoran yang terkenal, menjadikan stesen minyak di sini sangat menarik dan sering dijadikan perhentian wajib bagi pemandu yang dalam perjalanan ke arah Subang menghala ke Damansara.

minyak

Dalam sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalamannya yang dikatakan teruja melihat Petronas di situ yang memiliki pelbagai pilihan restoran makanan.

 

 

Ada betulnya juga apa yang disampaikan dalam perkongsian lelaki tersebut. Sekiranya anda dan pasangan runsing untuk buat pilihan tempat makan, bolehlah singgah makan di sini.

Tak perlu bersusah payah masuk pusat membeli-belah, di Petronas NKVE Subang – Damansara  ini ada segalanya.

Tambahan pula musim lockdown sekarang. Nak bungkus take-away dekat sini pun senang!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!