COVID-19: Selepas Omicron, Virus Deltacron Pula Ditemui & Dijangka Bakal Mengganas );

Type to search

Adamedia Isu Best

COVID-19: Selepas Omicron, Virus Deltacron Pula Ditemui & Dijangka Bakal Mengganas

Share
deltacron

Belum lagi reda dengan penularan wabak COVID-19 jenis Omicron, kini muncul pula satu strain wabak terbaru iaitu Deltacron.

Menurut Profesor Sains Biologi dan Ketua Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis, beliau melaporkan satu strain COVID-19 yang menggabungkan varian Delta dan Omicron telah ditemukan di Cyprus.

deltacron

“Pada masa ini terdapat jangkitan bersama Omicron dan Delta dan kami mendapati strain ini adalah gabungan kedua-duanya

“Penemuan itu dinamakan ‘Deltacron’ kerana pengenalpastian tanda genetik seperti Omicron dalam genom Delta,” katanya.

 


Boleh Ke Guna RFID Dengan Tangan Untuk Bayar Tol?


 

Setakat semalam, Kostrikis dan pasukannya telah mengenal pasti sebanyak 25 kes jangkitan dan analisis statistik menunjukkan bahawa kadar boleh jangkitan berkenaan adalah lebih tinggi dalam kalangan pesakit yang menghidap COVID-19.

25 kes Deltacron berkenaan sudah dihantar ke Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID), pangkalan data antarabangsa yang menjejaki perubahan dalam virus, pada 7 Januari lalu.

Diharap ianya dapat dibendung dan dicegah sebelum wabak baharu itu mula merebak ke serata dunia.

Meskipun kes berkenaan baru sahaja ditemui di Cyprus, ianya bukanlah petanda bahawa kita terselamat, malah lebih mencurigakan kerana penularan wabak kali ini dikatakan lebih kuat daripada yang sebelumnya.

 

[Sumber: bharian]

 

Baca Juga: Ping Coombes Julang Nama Malaysia Di Master Chef UK Dengan Menus Nasi Ayam Claypot & Ais Kacang

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!