Wanita Ini Sarat Mengandung, Suami Pula Berkhalwat );

Type to search

Adamedia Isu Best

Wanita Ini Sarat Mengandung, Suami Pula Berkhalwat

Avatar
Share

Seorang suami yang isterinya sarat mengandung ditangkap khalwat dengan wanita lain berstatus isteri orang di rumah wanita berkenaan di Sungai Kok, Kulim, hari ini.

Lelaki berusia 29 tahun itu dicekup bersama wanita berkenaan yang berusia 37 tahun dalam satu operasi oleh Pejabat Agama Daerah Kulim kira-kira pukul 4.40 pagi.

Malah, lelaki terbabit dikatakan mengambil kesempatan pergi ke rumah wanita berkenaan ketika isterinya yang sarat mengandung pulang ke kampung untuk menanti kelahiran anak kedua.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, pasangan itu yang bekerja di sebuah kilang yang sama di sini ditahan dalam operasi tersebut hasil maklumat orang awam.

Ahli Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim menyoal siasat seorang lelaki dan “pasangannya” yang ditahan.

 

Katanya, operasi itu disertai tiga anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim dan ahli jawatankuasa masjid.

“Kita mengetuk pintu rumah sebelum seorang wanita membuka pintu dan hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki berada di ruang dapur di dalam rumah tersebut.

“Hanya pasangan itu sahaja yang berada di dalam rumah terbabit dan pada mulanya, mereka mengaku sudah berkahwin.

“Pasangan itu mendakwa mereka bernikah di Thailand tetapi gagal mengemukakan dokumen,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati wanita terbabit masih bersuami dan lelaki terbabit pula sudah berkahwin.

“Wanita terbabit kemudian mengaku dia masih mempunyai suami dan dalam proses penceraian.

“Wanita itu kini tinggal bersama dengan seorang anaknya di rumah itu, sementara seorang lagi anaknya tinggal bersama suaminya,” katanya.

Menurutnya, mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri 2014.

[Sumber: Utusan Online

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!