Suami Isteri Terpisah Semasa PKP, Diduga Pula Dengan Anak Lemas Di Tali Air

Type to search

Adamedia Isu Best

Suami Isteri Terpisah Semasa PKP, Diduga Pula Dengan Anak Lemas Di Tali Air

Share
anak lemas

Seorang kanak- kanak lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Jambu Merah, Melor di sini petang tadi.

Mangsa, Muhammad Huffaz Wafri Mohd Zulfika, 3, ditemui dalam keadaan terapung di dalam tali air itu kira-kira 10 meter dari rumahnya pada pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mangsa disedari lemas oleh seorang penduduk kampung selepas melihat kanak-kanak itu terapung di permukaan air.

Katanya, polis menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 4.33 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, polis mendapati mangsa masih berada dalam keadaan terapung di dalam tali air. Pasukan bomba dan penyelamat telah membawa mangsa naik ke kawasan tebing.

“Siasatan mendapati, kali terakhir mangsa dilihat sedang bermain di dalam rumahnya oleh neneknya kira-kira pukul 3 petang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! 26 April yang lalu.

anak lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui lemas di dam tali air di Kampung Jambu Merah, Melor dua hari lepas.
Mangsa, Muhammad Huffaz Wafri Mohd Zulfika yang hanya berusia 3 tahun.

Menurut Abdul Rahim, bagaimanapun, ahli keluarganya tidak menyedari kehilangan kanak-kanak itu sehingga seorang jiran memaklumkan bahawa mangsa sudah lemas di tali air.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Mahligai di sini dan disahkan sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat,” katanya.

Tambahnya, siasatan turut mendapati kes itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah malah tiada langsung sebarang kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa.

Dalam pada itu, mangsa bersama abangnya ditinggalkan bersama datuk dan nenek di kampung semenntara kedua-dua ibu bapa mereka berada di Sungai Buloh kerana bekerja

[Sumber: Kosmo!]

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!