Suatu Ketika Dahulu Tanah Melayu Pernah Isytihar Darurat - Verst Adamedia );

Type to search

Suatu Ketika Dahulu Tanah Melayu Pernah Isytihar Darurat

Adamedia Infotainmen

Suatu Ketika Dahulu Tanah Melayu Pernah Isytihar Darurat

Farhana Syahirah
Share

Tanah Melayu, suatu ketika dahulu pernah di isytiharkan darurat pada tahun 1948 hinggalah tahun 1960. Tempoh tersebut adalah tempoh rusuhan berikutan pembentukan persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Peristiwa ini terjadi selepas Perang Dunia ke-2, Persekutuan Tanah Melayu dibentuk melalui penyatuan beberapa bekas Wilayah Britain , termasuk Sabah dan Sarawak. Rundingan tersebut merangkumi jaminan hak khas untuk orang Melayu (termasuk kedudukan sultan) dan penubuhan pemerintahan kolonial.

Perkembangan ini telah mencetuskan kemarahan oleh Parti Komunis Malaya, yang mahukan Tanah Melayu bebas dan inginkan hak sama rata.


Parti komunis ini memulakan langkah dengan pemberontakan gerila, dan pada 18 Jun 1948, kerajaan Tanah Melayu pun isytiharkan keadaan darurat.

Usaha British untuk tekankan pemberontakan secara ketenteraan tidak popular, terutamanya penempatan semula orang-orang Cina luar bandar telah menjadi “Kampung Baru” dan dikawal ketat.

Di bawah kepimpinan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer, pihak British mula menangani rungutan dari segi politik dan ekonomi.

Pada awal 1950-an beberapa langkah, termasuk pemilihan tempatan dan pembentukan jawatankuasa kampung telah diperkenalkan untuk memudahkan kemerdekaan.

Bagi mencapai kemerdekaan, masyarakat Cina dan India diberi kewarganegaraan untuk menurunkan dukungan pemberontakan dan rusuhan.

Pada pertengahan tahun 1950-an, walaupun komunis sudah berkurangan, keadaan darurat tidak diisytiharkan secara rasmi sehinggalah tahun 1960.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=3igUZz8E8Cs[/embedyt]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!