“Cikgu Bukan Macam Netizen Lembu” – Suhaimi Saad Puji Pendirian 779 Cikgu Di Johor Tolak Vaksin );

Type to search

Adamedia Isu Best

“Cikgu Bukan Macam Netizen Lembu” – Suhaimi Saad Puji Pendirian 779 Cikgu Di Johor Tolak Vaksin

Share
suhaimi

Semalam, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitter rasminya menyatakan akan berjumpa dengan 779 cikgu yang menolak vaksin di Johor.

Menurutnya, ia bertujuan bagi mempercepatkan kadar vaksinasi terutamanya di Johor agar rakyat boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun susulan daripada itu, salah seorang ahli kumpulan nasyid, Suhaimi Saad mencuri perhatian netizen apabila mengeluarkan kenyataan yang sebaliknya.

“Kenapa la cikgu-cikgu ni tolak benda yang halal, suci dan selamat eh, musykil jugak”

suhaimi

Menerusi akaun peribadi Instagram, beliau meluahkan rasa hormat terhadap 779 cikgu yang tidak mengambil vaksin di negeri selatan tanah air itu.

suhaimi

Menurut caption yang ditulis, jelas menunjukkan bahawa beliau mempersoalkan mengapa vaksin yang dianggap bersih dan selamat ini masih ditolak oleh sebilangan cikgu sekolah.

Suhaimi Saad sememangnya lantang bersuara mengenai vaksin dan COVID-19 di media sosial dan rata-rata masyarakat umum sedia maklum perkara ini.

Beliau turut berpesan kepada orang ramai yang tidak bersetuju dengannya supaya jangan ‘menyibuk’ di ruangan komen.

Apa pula pendapat anda? Adakah apa yang diperkatakan Suhaimi Saad ini perlu diambil kira?

 

[Sumber]: Suhaimi Saad

 

Baca: Varian Lambda Lebih Ganas Selepas Kehadiran Varian Delta – DG Hisham

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!