Wah Bestnya! Korang Berpeluang Jadi Sukarelawan Olimpik Paris 2024 );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Wah Bestnya! Korang Berpeluang Jadi Sukarelawan Olimpik Paris 2024

Share
sukarelawan olimpik

Setelah berakhirnya Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos yang lalu, ramai mula pandang ke hadapan untuk bercerita tentang Olimpik yang akan datang.

Rupa-rupanya, ada sesuatu yang menarik minat rakyat Malaysia dalam Sukan Olimpik seterusnya iaitu di Paris! Tiba-tiba terbayang drama Netflix, Emily In Paris. Tiber~

BACA: [VIDEO] Pingat Olimpik Tokyo Diperbuat Dari Bahan Buangan? Lihat Bagaimana Ia Dihasilkan

Dalam tempoh tiga tahun ini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan Majlis Sukan Negara (MSN) sudah mula buat perancangan untuk terus misi emas pertama di Paris 2021 nanti. Malaysia ‘Sure’ Boleh!

Oh ya, untuk pengetahuan korang, Paris 2024 sudah mula mencari sukarelawan olimpik dan orang Malaysia juga layak untuk mendaftar.

Sebanyak 50,000 sukarelawan diperlukan

Jika korang sedang berfikir untuk mendaftar sebagai sukarelawan, sama ada mahu pergi sendiri atau dengan kawan-kawan, tak perlu risau kerana sebanyak 50 ribu sukarelawan olimpik yang akan diambil bagi menjayakan Paris 2024 nanti.

Syarat-syarat mendaftar sukarelawan olimpik yang diperlukan;

1. Berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Terbuka untuk permohonan dari seluruh dunia.

Tugas-tugas sukarelawan Olimpik Paris 2024;

1. Menguruskan tempat penginapan dan akreditasi.
2. Menguruskan ketibaan, perlepasn di stesen kereta api dan lapangan terbang.
3. Menguruskan aliran penonton.
4. Menyediakan pertolongan alih bahasa.
5. Membantu menguruskan acara dan lain-lain.

Selain dari itu, korang yang berminat menjadi sukarelawan perlu luangkan sepenuh masa sepanjang acara ini berlangsung, termasuk mengikuti raptai yang akan berlangsung sebelum pertandingan.

Pendaftaran Paris 2024 ini akan dibuka pada awal tahun 2023 nanti, Jadi, korang boleh merancang lebih awal untuk daftar secara solo ataupun dengan kawan-kawan.

Jangan lupa untuk mulakan itinerari anda dari sebelum menaiki penerbangan hinggalah balik ke Malaysia semula.

Untuk makluman lanjut, korang boleh klik di sini tentang program sukerelawan ini bookmark laman web tersebut untuk pendaftaran nanti.

[Sumber: Paris 2024]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!