'Sultan Melaka' Meninggal Dunia Akibat COVID-19, Tiada Lagi Hiburan 'Hebatkan Beta' );

Type to search

Adamedia Isu Best

‘Sultan Melaka’ Meninggal Dunia Akibat COVID-19, Tiada Lagi Hiburan ‘Hebatkan Beta’

Share
sultan melaka

Jika dahulu, kita sering dihiburkan dengan lawak jenaka dari FB page Sultan Melaka Fans sebelum pandemik dengan tagline ‘Hebatkan Beta’. Tular di media sosial bahawa beliau telah meninggal dunia hari ini akibat COVID-19.

Tuanku Raja Noor Jan Shah, 64, dilaporkan telah meninggal dunia menerusi laman Facebook Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

BACA: Monorel Melaka Kini Hanya Tinggal Kenangan?

“Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja NoorJan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi (tengah hari tadi).

“Salam takziah buat isteri allahyarham, Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf serta seluruh ahli keluarga dan kerabat. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat.”katanya dalam catatan tersebut.

Raja Noor Jan Shah sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya Sultan Melaka.

Beliau turut pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka pada 2016 atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan menyamar sebagai Sultan Melaka.

Mahkamah Tinggi selepas itu bagaimanapun membebaskannya selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadapnya.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!