[VIDEO] Wanita Ini Dedah Sumbangan Banjir Tak Diagihkan, Undang Kemarahan Warganet );

Type to search

Adamedia Isu Best

[VIDEO] Wanita Ini Dedah Sumbangan Banjir Tak Diagihkan, Undang Kemarahan Warganet

Share
banjir

Setiap kali berlaku tragedi baik kemalangan, tanah runtuh mahupun baru-baru ini banjir, pasti rakyat Malaysia tidak Akan duduk diam.

Semua berganding bahu bekerjasama membantu menghulurkan bantuan. Antaranya mengumpulkan pelbagai jenis sumbangan untuk mangsa yang terjejas.

Sikap prihatin mereka terserlah melalui pemberian sumbangan berupa keperluan makanan, wang ringgit, pakaian, susu, lampin bayi, kit kebersihan dan macam-macam lagi.

BACA JUGA: Simpati Naib Si Meow Ketika Banjir, Pemilik Kedai Ini Berikan Pasir Kucing Secara Percuma Kepada Seluruh Pelanggan

Namun ada pihak yang bertanggungjawab tidak melakukan kerja dengan betul. Ini kerana ada yang melaporkan di sesetengah PPS stok barang bantuan tidak diagihkan dengan sebaiknya kepada mangsa banjir walaupun banyak sumbangan yang diterima.

Video Penuh;

Sebaliknya, stok tersebut ‘disimpan’ entah untuk siapa. Tular satu video berkenaan isu ini di mana difahamkan mangsa banjir yang tidak tinggal di PPS tidak dibenarkan untuk mengambil barang bantuan yang dibekalkan.

Menurut perakam video terbabit, selepas ‘mata-mata’ yang meninjau di PPS tersebut beredar, maka barulah orang ramai mula datang meminta barang bantuan kerana mereka akan dihalang jika diketahui tidak tinggal di PPS berkenaan.

Isu yang dibangkitkan ini membuatkan ramai yang tidak berpuas hati terutamamereka yang telah menyumbang melalui NGO atau ke pusat pengumpulan.

Lebih-lebih lagi, sebelum ini tular mengenai lebihan makanan dibiarkan basi dan terbuang, sedangkan mangsa ramai yang tidak mendapat bantuan makanan.

Bukan Itu sahaja, lambakan pakaian serta barangan bantuan juga terbiar akibat kelemahan sistem pengagihan dan pengurusan.

Video tersebut mendapat reaksi orang ramai yang marah apabila mengetahui isu sebegini berlaku. Tak kurang yang mengakui ini bukan kali pertama, bahkan isu ini sentiasa timbul BA melibatkan sumbangan orang ramai.


Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!