Sunway & NEC Malaysia Bangunkan 'Smart City' Terbaharu

Type to search

Adamedia Infotainmen

Sunway & NEC Malaysia Bangunkan ‘Smart City’ Terbaharu Di Iskandar Puteri, Johor

Share
bangunkan

Bila bercakap tentang Johor, pasti korang biasa dengar Legoland, Stadium Sultan Ibrahim yang cukup gah dan pemandangan di Danga Bay.

Namun, tahukah anda selain tempat-tempat common ini, ada satu kawasan yang baru sahaja dibangunkan sehingga dijadikan sebagai ‘smart city’. Wow smart macam mana tu?

Usaha oleh Sunway City Iskandar Puteri dan NEC Corporation of Malaysia Sdn Bhd (NEC Malaysia) dilakukan bagi membantu ekonomi digital Malaysia dengan mewujudkan sebuah pusat hubungan baru di Menara Sunway Big Box Office.

Pusat Kecemerlangan Inovasi (CoE)

bangun

Menurut Pengarah Urusan NEC Malaysia, Chong Kai Wooi berkata CoE baharu di Menara Sunway Big Box Office lebih menumpukan kepada perkhidmatan pengurusan dan penyelesaian bandar pintar selain membangunkan serta melengkapkan bakat tempatan dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam norma baharu.

Pusat Kecemerlangan Inovasi (CoE) NEC Malaysia beroperasi sementara di Sunway Citrine Hub di Sunway City Iskandar Puteri, Johor. Hal ini kerana Menara Sunway Big Box Office masih belum siap sepenuhnya.

NEC Malaysia dijangka akan beroperasi di menara baharu itu pada awal Januari 2023.

Gerard Soosay, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway City Iskandar Puteri yakin Menara Sunway Big Box Office dapat memberi reputasi yang baik kerana tawarannya yang cukup berkualiti.

“Bukan itu sahaja, pemilihan NEC untuk bertempat di Sunway City Iskandar Puteri juga membuktikan bahawa perbandaran kami bukan hanya untuk didiami, malah merupakan bandar yang menawarkan potensi untuk berkembang dengan kukuh menerusi langkah penempatan operasi organisasi tempatan dan antarabangsa,” jelas Gerard.

bangun

Sebagai bandar pintar kedua lestari di Johor, Sunway City Iskandar Puteri bukan sahaja dapat membantu NEC Malaysia dalam meningkatkan imej korporatnya tetapi juga menyepadukan kelestarian dalam sesebuah syarikat.

smart city
Sunway Iskandar akan menjadi bandar pertama bagi mereka yang memasuki Malaysia melalui CHSL - Bayangkan hanya 5 minit perjalanan untuk sampai ke Singapura!

Selain itu, dengan kewujudan akses yang pantas bagi infrastruktur awam untuk memastikan kelancaran transit, perbandaran ini terletak hanya 5km dari Pautan Kedua Malaysia-Singapura melalui Coastal Highway Southern Link (CHSL).

Turut menyediakan perkhidmatan bas dari Johor ke Singapura, SoCar dan perkhidmatan bas ulang-alik Iskandar Puteri yang juga akan memudahkan perjalanan bagi mereka yang kerap pergi ke Sunway City Iskandar Puteri.

Pembandaran infrastrukturnya bukan sahaja dirancang dengan strategik malah pemaju juga menawarkan pelbagai kemudahan termasuk XPark Sunway City Iskandar Puteri (salah satu taman tema ekstrem dan pengembaraan terbesar di Malaysia), sebuah pusat pendidikan untuk orang dewasa yang bekerja dan anak-anaknya, kedai runcit dan banyak lagi! 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!