Resepi Sahur: Susu Kurma Homemade, Jimat Dan Mudah! );

Type to search

Adamedia Makan

Resepi Sahur: Susu Kurma Homemade, Jimat Dan Mudah!

Share
susu kurma

Bulan Ramadan menjelma kembali! Tapi rasa kurang pula kalau berpuasa tapi tidak sempat nak bersahur. Tak lengkap tanpa ada susu kurma.

Seperti yang kita tahu, kurma mempunyai banyak khasiat serta dapat menambahkan tenaga ketika sedang berpuasa.

Jadi, dengan membuat resepi susu kurma, ia menjadikan satu minuman yang mempunyai nutrisi yang lengkap serta buat kita tahan lapar hinggalah waktu berbuka.

Walaupun susu kurma terdapat banyak di pasaran, tapi lebih jimat kalau kita buat sendiri di rumah pada waktu gawat ini. Hanya gunakan tiga bahan sahaja.

Jom kita lihat cara-cara membuat susu kurma yang sedap!

Bahan yang diperlukan:

  • Air kosong
  • 7 butir buah kurma (kuantiti untuk segelas)
  • Susu segar/susu UHT/susu full cream/susu kambing/ susu lembu (Tak galakkan korang pakai susu tepung atau susu pekat manis)

Cara-cara membuatnya:

1. Buang Kesemua Biji Kurma

Bagi menghasilkan rasa yang sedap, korang perlu asingkan terlebih dahulu kurma dengan bijinya. Jika korang penggemar kopi, biji-biji kurma tersebut boleh dikeringkan dan dijadikan serbuk kopi

susu kurma

2. Rendam Semua Kurma

Selepas asingkan, rendam semua kurma tersebut di dalam air kosong. Tutup permukaan cawan atau bekas yang direndam.

Biarkan ia semalaman. Korang boleh simpan air rendaman tersebut dalam peti sejuk atau dalam suhu bilik.

Untuk pengetahuan korang, air rendaman kurma ini juga bagus diminum begitu sahaja. Sesuai dijadikan air detoks dan ia juag digelar sebagai Air Nabeez. Salah satu minuman sunnah Rasulullah S.A.W.

susu kurma

3. Campur Dengan Susu Kesukaan Korang

Selepas biarkan ia direndam semalaman, ketika bangun sahur, korang dah boleh campurkan rendaman kurma dengan susu ikut selera korang.

4. Blend semua bahan!

Kisar kesemua bahan tersebut dan wala! Siap!

susu kurma

5. Minum dengan Bismillah

Jangan lupa Bismillah sebelum minum okay! Korang boleh minum setelah makan sahur. Kalau nak nampak lebih berselera, boleh tambah topping seperti kacang almond cincang, atau serbuk kayu manis.

Kalau korang nak minum masa berbuka puasa, kurma boleh direndam lagi lepas selesai bersahur.

susu kurma

Mudah bukan cara buat susu kurma ini?

Kalau nak lebih kreatif, anda boleh menambahkan gabungan buah-buahan lain yang berkhasiat seperti pisang, prun, atau kismis.

Ia akan turut menambahkan tekstur dalam minuman tersebut dan sedikit rasa masam-masam manis yang enak.

Herba seperti serbuk hirisan halia, bunga lawang, atau biji halba juga boleh ditambahkan bagi yang sukakan perasa eksotik.

Untuk pengetahuan anda, halba adalah ‘milk booster’ yang sangat berkesan! Cubalah amalkan meminumnya selalu.

Mudah-mudahan dapat membantu korang tampil lebih bertenaga sepanjang hari!

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!