Orang Awam Kini Boleh Lakukan Ujian ‘Swab Test’ Sendiri Di Rumah Melalui Kit Ujian Kendiri );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Orang Awam Kini Boleh Lakukan Ujian ‘Swab Test’ Sendiri Di Rumah Melalui Kit Ujian Kendiri

Share
boleh

Orang ramai kini sudah boleh melakukan ujian saringan COVID-19 sendiri di rumah melalui kit ujian kendiri buatan pertama Malaysia.

Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19 ini boleh didapati di farmasi dan pusat rawatan di seluruh negara bermula dari hari ini.

Alatan berkenaan telah mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan di dalam negara oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Pengurus Projek MeDKAD, Syahriah Razak berkata kit Salixium itu dapat mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 dalam air liur manusia dan persampelan melalui hidung.

“Kewujudan atau ketiadaan antigen SARS-CoV-2 dalam persampelan akan ditunjukkan menerusi jalur berwarna merah jambu/ungu di kit itu.

“Sekiranya sampel berkenaan tidak mengandungi antigen SARS-CoV-2, tiada jalur warna akan muncul, menunjukkan hasil ujian adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan.

boleh

Setakat ini, kit ujian tersebut telah disahkan bebas dari kandungan babi dan tidak mengandungi sebarang kesan DNA haiwan oleh Halvec Laboratories.

Jadi, anda tidak perlu khuatir tentang soal keselamatan kerana ianya telah disahkan bebas daripada sebarang kandungan terlarang.

Buat anda yang ingin mendapatkannya, Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19 ini dijual dengan harga RM39.90 sahaja.

 

Sumber: beritaharian

 

Baca: Kerana Takut Mati, Lelaki Sydney Ini Terima 4 Kali Suntikan Vaksin COVID-19
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!