Sweet Tooth: 5 Sebab Korang Kena Tonton Netflix Series Ni! );

Type to search

Adamedia Movie Review

Sweet Tooth: 5 Sebab Kenapa Korang Kena Tonton Netflix Series Ni!

Share
sweet tooth

Siapa yang masih tercari-cari cerita untuk ditonton, ha kali ni min nak recommend satu cerita bagus yang tak cliche, tak cringe. Sesuai untuk seisi keluarga, anak-anak mesti suka sebab ada element haiwan.

Cerita bersiri dari Netflix: Sweet Tooth, mengisahkan kewujudan hibrid manusia separa haiwan ketika dunia dilanda virus misteri.

Watak utama untuk siri fantasi 8 episode Sweet Tooth ini adalah Gus, seorang kanak-kanak hibrid rusa-manusia yang merupakan generasi pertama untuk kacukan tersebut. Species ini dituduh menjadi punca atas penularan wabak yang masih tiada penawar dan hal ini menyebabkan mereka diburu oleh Last Man (Orang Terakhir).

Walaupun cerita ini rekaan semata-mata, tapi mesti ramai nak tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Sebelum korang layan kesemua episode, min ada senaraikan 10 fakta tentang Sweet Tooth. Jom kita baca!

1. Sentuhan Team Downey

sweet tooth
Susan Downey dan Robert Downey Jr: Producer Sweet Tooth

Korang tahu tak, siri ni dihasilkan secara eksekutif oleh Team Downy – syarikat produksi yang ditubuhkan oleh bintang Iron Man, Robert Downey Jr dan isterinya Susan Downey.

Sebenarnya mereka telah lama merancang untuk Sweet Tooth, kira-kira sebelum tahun 2020 lagi tapi terpaksa keluarkan juga sewaktu wabak COVID-19 sedang meningkat naik ni. Kebetulan cerita fiksyen ni berkisahkan virus, jadi ia mencerminkan realiti semasa penggambaran.

2. Adaptasi komik

Jeff Lemire melancarkan komik Sweet Tooth pertama pada tahun 2009, dengan siri asalnya berakhir pada tahun 2013

Serial Netflix Sweet Tooth ini diadaptasi dari DC Comics karangan Jeff Lemire dan dipublikasikan oleh Vertigo. Walaupun jalan cerita versi TV tak terlalu beza dengan komik, ada banyak elemen baru yang ditampilkan dalam Sweet Tooth.

Mesti korang suka layan serial tersebut, salah satunya adalah perubahan tone. Kalau dalam penulisan komik Lemire, ia lebih kedengaran seperti kejam dan ‘gelap’. Manakala untuk versi tontonan di Netflix cenderung kepada lebih ringan.

3. Haiwan yang comel

sweet tooth

Hibrid dalam siri ini bukan sahaja berupa rusa seperti Gus tapi ada juga haiwan-haiwan comel, mereka semua sangat lucu untuk dilihat. Bukan itu sahaja, semua kacukan bayi merupakan patung sebenar, yang diilhamkan oleh karya Jim Henson.

4. Animasi haiwan yang mengagumkan

Elemen animasi dalam ciri-ciri haiwan kacukan yang berbentuk manusia sangat sempurna! Lihat saja pergerakan pada telinga Gus, mesti korang nak tengok aksi hibrid yang lain.

Telinga rusa Gus yang dilakonkan oleh Christian itu sebenarnya dikendalikan oleh seorang dalang atau puppeteer, yang harus bekerjasama dengan watak utama bagi memastikan pergerakan itu selari dengan ekspresi wajahnya.

5. Sinematografi yang cantik

Biasanya kalau kita lihat cerita yang berkaitan dengan apocalypse mesti ada pemandangan bangunan runtuh, kereta terbalik dan sebagainya. Tapi berbeza pula dengan cerita adaptasi dari komik ni, mereka lakukan penggambaran di New Zealand!

“Penggambaran di New Zealand memberi kami pemandangan yang sangat indah dan berlebihan yang sangat sesuai dengan apa yang kami cari. Idea utama Sweet Tooth menerapkan alam semula jadi,” jelas isteri kepada Robert Downey Jr.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!