Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras Diperketatkan Bermula Tahun 2021 );

Type to search

Adamedia Isu Best

Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras Diperketatkan Bermula Tahun 2021

Avatar
Share

Menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, terdapat beberapa syarat seandainya ingin memohon lesen minuman keras.

Antara tempat yang telah dilarang menjual atau menyediakan minuman keras(liquor yang memabukkan) ialah kedai runcit, sebaneka dan kedai ubat cina yang mula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2021.

Bir, Mug, Penyegaran, Cangkir Bir, Minum

Tetapi dikecualikan seandainya minuman tersebut digunakan untuk tujuan ubatan tradisional sama ada ia menandungi campuran ataupun “pure”.

Jadi premis tersebut hanya boleh memperbaharui lesen mereka sehingga 30 September 2021 sahaja.

Premis yang dibenarkan menjual minuman keras yang memabukkan tersebut mestilah tidak berhadapan dengan balai polis, rumah ibadat, sekolah dan hospital.

Neon, Neon Font, Iklan, Malam, Bersinar

Antara premis yang dibenarkan antaranya ialah, pub, restoran yang menjual minuman berkenaan, gudang serta acara atau program yang menhidangnya.

Had masa juga telah diberikan bersesuaian dengan premis yang dibenarkan.

Premis berkenaan juga perlulah mempamerkan lesen sepanjang masa di tempat perniagaan dijalankan dan juga perlu meletakkan dua jenis kod QR yang berlainan warna di pintu masuk.

Dua kod QR tersebut diberi warna biru iaitu pelanggan boleh minum di premis berkenaan, manakala QR kuning pula mereka hanya dibenarkan membawa pulang sahaja.

Tindakan ini adalah supaya kurangnya kejadian yang tidak diingini berlaku dan juga menyekat pelanggan yang berumur di bawah 21 tahun mencuba minuman tersebut.

Sumber: Garis Panduan DBKL, Says

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!