Syarikat SM Entertaiment Memperkenalkan Kumpulan Idol Korea Baharu Berkonsepkan Avatar Dan Manusia - Verst Adamedia

Type to search

Syarikat SM Entertaiment Memperkenalkan Kumpulan Idol Korea Baharu Berkonsepkan Avatar Dan Manusia

Adamedia Infotainmen Tech

Syarikat SM Entertaiment Memperkenalkan Kumpulan Idol Korea Baharu Berkonsepkan Avatar Dan Manusia

Share

Pengasas SM Entertaiment Lee Soo Man telah membuat pengumuman bahawa syarikat mereka akan memperkenal sebuah kumpulan idol wanita pertama iaitu “aespa” yang terdiri daripada vocaloid X manusia.

Menurut Lee Soo Man di Forum Industi Budaya Dunia 2020 (WCIF) beliau menyatakan bahawa perancangan SM Entertaiment kali ini ialah “aespa Universe” di mana mereka akan mengabungkan ahli hidup bersama dengan ahli digital.

Tambahnya lagi, tercetusnya idea ini untuk membuatkan mereka lebih dekat dengan peminat dimana apa yang tidak boleh dibuat idol mereka boleh dibuat oleh avatar.

“Melalui aespa, terwujudnya dunia idol yang sebenar dan dunia idol virtual. Mereka boleh berhubung antara satu sama lain memandangkan ahli avatar menggunakan teknologi AI. Mereka boleh berborak dan berkongsi segala maklumat dan mereka boleh menyelami ke dunia nyata dan virtual untuk berhubung bersama peminat,” ujar Lee Soo Man.

 

Pada awalnya beliau juga berfikir bahawa idea tersebut mustahil untuk dilakukan dalam industri hiburann namun beliau akhirnya memutuskan dengan idea memasukkan selebriti bersama avatar dan mewujudkan kumpulan yang baru.

Dengan ini, kedua-dua entiti dapat menyokong dan membantu sesama sendiri di dalam menyokong dalam idea revolusi baharu.

SM Entertaiment  juga telah memberi sedikit gambaran bagaimana kewujudan aespa di dunia nyata dan virtual.

 

Sumber: Koreaboo.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!