Umum mengetahui bahawa penyanyi terkenal, Elyana telah menghidap penyakit kanser sejak beberapa tahun yang lepas.
Meskipun sering dilihat dalam keadaan positif, sehingga ke hari ini beliau masih menerima rawatan di hospital.
Difahamkan, berat badan beliau merekodkan penurunan mendadak sehingga 35kg namun masih mampu mengukir senyuman.
Beliau yang kini sedang menghidap kanser Limfoma tahap empat, menyatakan yang beliau tidak dapat lagi menahan sakit yang mengalir di seluruh badannya.
Menerusi Instagram story, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Kalis Rindu’ itu memuat naik status berkenaan tahap kesihatannya yang semakin merosot hari demi hari.
Mengulas lanjut berkenaan postingnya, Elyana pinta orang ramai mendoakannya agar kembali sihat dan diberi kekuatan.
“Doakan moga saya diberi kekuatan dan tenaga luar biasa untuk teruskan kehidupan dan gembirakan orang sekeliling.
“Korang pun kena senyum, kena fight untuk kegembiraan korang ok,” katanya menerusi posting di Ig.
[Sumber]: beritaawani
Baca: Alif Syukri Hantar Permohonan Untuk Jadi Perdana Menteri Ke 9