Tahukah Anda, Passport Hanya Mempunyai 4 Warna Sahaja );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Tahukah Anda, Passport Hanya Mempunyai 4 Warna Sahaja

Avatar
Share

Sekiranya ada seorang pengembara tegar, sudah pasti anda akan kerap menukar passport kan. 

Walaupun tahun 2020 anda tidak menyentuh langsung passport dek kerana Covid-19, pastinya anda akan rindu untuk memegang dan menggunakannya. 

Tetapi tahukah anda, bahawa passport didatangkan dengan 4 warna sahaja. Cuba ambil passport anda sekarang dan lihat, ianya bewarna merah bukan? Tetapi di negara lain, mereka mempunyai warna passport yang berbeza.

Selain daripada passport Malaysia berwarna merah, warna lain yang dibenarkan untuk standard passport ialah biru,hijau dan hitam. Setiap warna itu juga mempunyai maksud yang berbeza.

Mari kita lihat, apa maksud di sebalik kod warna passport

Merah

Passport bewarna merah sudah biasa untuk ada lihat. Kerana negara kita sendiri mengunakkan warna merah. Negara yang mengeluarkan passport bewarna merah bermaksud negara-negara tersebut pernah dijajah oleh pihak komunis atau mempunyai sejarah dijajah komunis. Selain Malaysia, negara lain seperti Slovenia, China, Serbia, Russia dan Poland juga mengunakkan passport berwarna merah.

Biru

Warna biru melambangkan “dunia baru (new world)”. Selain Amerika Syarikat, negara lain seperti Brazil dan Argentina juga mengunakan passport bewarna biru untuk melambangkan hubungan mereka dengan Mercosur. Ia sebuah kesatuan perdagangan dunia.

Hijau

Passport berwarna hijau ini selalunya digunakan oleh negara Islam. Ini kerana warna hijau merupakan warna kegemaran Nabi S.A.W. Antara negara yang mengunakan warna hijau ialah Arab Saudi dan Pakistan.

Selain daripada negara Islam, negara Afrika seperti Nigeria, Ivory Coast dan Senegal juga mengunakan passport berwarna hijau. Tetapi atas sebab ia melambangkan keanggotaan mereka dalam ECOWAS (The Economic Community of West African States)

Hitam

Passport berwarna hitam agak jarang kita lihat. Antara negara yang mengunakan passport berwarna hitam ialah kebanyakan negara Afrika seperti Botswana dan Zambia. New Zealand juga mengunakan passport berwarna hitam kerana ia melambangkan warna rasmi negara Kiwi itu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!