“Nenek Be Like: Ni Cucu Aku Ke?” Bertahun Tak Balik Kampung, Nenek Terkejut Tengok Cucu Dah Berubah );

Type to search

Adamedia Isu Best

“Nenek Be Like: Ni Cucu Aku Ke?” Bertahun Tak Balik Kampung, Nenek Terkejut Tengok Cucu Dah Berubah

Share

Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia apabila kebenaran merentas negeri telah diumumkan baru-baru ini oleh pihak kerajaan.

Sehubungan dengan itu, rata-rata orang ramai telah mula bergerak merentas negeri untuk bercuti dan berjumpa dengan keluarga yang terpisah jauh.

Buat mereka yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman, ini pastinya satu peluang yang tidak akan disia-siakan. Maklumlah, dah dua tahun tak balik beraya kan?

Perkongsian video di Tiktok ini mencuri perhatian netizen apabila hubungan antara nenek dan cucu lelakinya kelihatan sangat kekok kerana perubahan fizikal yang berlaku pada cucunya itu.

 

Meskipun bersalam-salaman dengan nenek dan sedara-mara, masing-masing kelihatan seperti sangat janggal dan tiada sebarang komunikasi yang berlaku antara mereka.

Paling ketara yang dapat dilihat adalah fesyen rambut yang ditampilkan oleh lelaki berkenaan seakan seperti artis K-Pop.

kampung

Melihatkan situasi itu, ruangan komen dipenuhi dengan gelak tawa dan komen positif daripada warganet.

kampung

 

“Nak salam pun buka la helmet dulu bang”

 

kampung

Namun begitu, jika difikirkan semula ianya sememangnya satu perkara yang akan berlaku pada sesiapa sahaja. Maklumlah, hampir dua tahun sempadan negeri kita ditutup, ianya sekaligus menyebabkan orang ramai tidak dapat pulang ke kampung bertemu dengan sedara-mara.

Dalam masa dua tahun tu mestilah ada banyak perubahan yang berlaku kan? Kalau tak percaya, cuba berdiri depan cermin sekarang, perasan tak apa yang berubah?

 

[Sumber: Tiktok]

 

Baca Juga: Terbangkan RM 10,000 Ke Langit Sebagai Simbolik Pelancaran Pakaian, Youtuber Ini Dikecam Netizen

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!