[VIDEO] Gara-Gara Takut Jarum, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Lucu Youtuber Terkenal Asif, Di Pusat PPV );

Type to search

Adamedia Isu Best

[VIDEO] Gara-Gara Takut Jarum, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Lucu Youtuber Terkenal Asif, Di Pusat PPV

Share

Proses pemberian vaksin di seluruh negara kini sedang berjalan dengan rancak apabila orang ramai sudah boleh mendapatkannya secara walk-in.

Rata-rata masyarakat tanpa mengira agama bangsa dan budaya dilihat sudah mula mendapatkan vaksin di pusat PPV berhampiran.

Tidak ketinggalan, Youtuber terkenal Asif juga turut dilihat mendapatkan suntikan vaksin di pusat PPV yang disediakan.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah gelagat lucu yang dipamerkan beliau saat ingin dicucuk jarum vaksin.

 

Dikenali ramai menerusi ‘Drama Spontan’ di laman Youtube Syahmi Sazli, Asif sangat diminati ramai kerana perwatakan spontannya yang sering mencuit hati.

Situasi lucu dan kelam kabut menghiasi suasana di pusat PPV berkenaan apabila Asif mula meronta ketakutan saat ingin disuntik.

lucu

Selepas ditenangkan oleh rakan dan jururawat di situ, keadaan kembali normal sebaik sahaja Asif berjaya disuntik oleh doktor yang bertugas.

Ternyata ianya satu kelegaan buat mereka apabila Asif akhirnya berjaya menerima suntikan vaksin dan mereka dilihat meraikan kegembiraan itu dengan ceria.

lucu

Rata-rata warganet di laman sosial turut terhibur dengan situasi kelam kabut itu dan video berkenaan telah mendapat 68 ribu tanda suka.di laman Tiktok.

Memang kelakar kan si Asif ni, tak hairan lah mengapa video ‘Drama Spontan’ beliau mendapat tontonan ramai di Youtube kerana perwatakan beliau sememangnya lucu.

 

[Sumber]: Tiktok

 

Baca: Trending: Warganet Buat Meme ‘Spanish Fly’

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!