Karya Tamar Jalis, Siri Bercakap Dengan Jin Setanding Dengan 'Siri Harry Potter' );

Type to search

Adamedia Isu Best

Karya Tamar Jalis, Siri Bercakap Dengan Jin Setanding Dengan ‘Siri Harry Potter’

Share
TAMAR JALIS

Karya penulis genre seram Tamar Jalis, Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) diakui mengikut kluster sastera global menyebut sebagai horror literature atau novel seram.

Justeru dalam buku Horror Fiction in the 20th Century: Exploring Literature’s Most Chilling Genre karya Jess Nevins (2020: 213) mengangkat Conversations with the Jinn atau SBDJ sebagai novel seram kurun ke-20 di dunia yang pernah mencipta fenomena pada era emasnya sebaris dengan novel-novel seram dari negara Asia seperti Jepun, China dan Filipina.

BACA: Lelaki Baca Buku genre Seram, Biografi Lebih ‘Seksi’ Di Mata Perempuan 

Jess Nevins mengakui SBDJ sebuah karya tersohor dan siri terpanjang dalam sejarah novel Melayu malah dunia. SBDJ mengukir sejarah bersiaran dalam majalah Variasari secara berterusan selama 23 tahun lapan bulan (April 1981-Januari 2005) sebanyak 284 siri. Sejumlah 221 siri diterbitkan dalam 16 buku saku.

Jess Nevins
Antara ayat dari buku Jenn Nevins yang mengangkat SBDJ.

Menurut Allahyarham Tamar Jalis, buku itu banyak kali ulang cetak dan terjual melebihi sejuta naskhah, manakala pada tahun 2011 diterbitkan semula dalam bentuk novel tetapi meliputi 73 siri sahaja.

Tamar Jalis ialah nama pena Mohamad Radzi Mahmud atau dikenali juga dalam sejarah penulisan cerpen tanah air sebagai Ahmad Mahmud kelahiran Beruas, Perak.

Di samping nama pena Tamar Jalis dan Ahmad Mahmud, Mohamad Radzi juga menggunakan nama-nama samaran yang lain; Ramdhan A.M dan Atma A.M dalam penulisan novel remaja.

SBDJ terjenama dan dipersepsikan sebagai kisah hantu, jin dan makhluk halus yang melingkari kehidupan orang Melayu pada era pascakolonialisme tetapi secara instrinsik manipulatif ia memaparkan nilai positifisme.

Seperti mengetengahkan unsur-unsur psikologi, falsafah, petua, perubatan tradisional, mistik, keagamaan, seni persilatan, kebatinan, sejarah tempatan, geografi, pemburuan, pengembaraan di Tanah Melayu dan Sumatera serta kepakaran orang Melayu menguasai makhluk halus.

[Kredit: Sinar Harian]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!