Amerika Syarikat Rancang Wujudkan Tanda 'X' Sebagai Pilihan Jantina Ketiga Pada Pasport, Khusus Bagi Golongan LGBTQ );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Amerika Syarikat Rancang Wujudkan Tanda ‘X’ Sebagai Pilihan Jantina Ketiga Pada Pasport, Khusus Bagi Golongan LGBTQ

Share
pilihan jantina

Seperti yang kita tahu sewaktu melakukan permohonan pasport, kita diminta untuk menyatakan identiti jantina sama ada lelaki (M) atau wanita (F) pada borang dan secara tidak langsung ia akan ditunjukkan pada pasport masing-masing.

Tetapi, kini terdapat lebih dari dua jantina – iaitu golongan ‘X’

Tidak lama lagi rakyat Amerika dapat memilih pilihan jantina selain lelaki (M) atau wanita (F) pada tanda ‘X’ semasa memohon pasport AS, tanpa memberikan sebarang dokumentasi sokongan.

LGBTQ

Sebelum ini, golongan seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) perlu menyatakan sijil perubatan bagi membuktikan jantina mereka berbeza dengan surat beranak mahupun kad pengenalan.

Baru-baru ini, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken memberitahu usaha untuk menambah jantina ‘X’ sebagai pilihan ketiga akan memakan masa.

pilihan jantina

Akan tetapi, sumber dalam pentadbiran negara itu telah memaklumkan The 19th News bahawa jangkaan bagi AS memperoleh pilihan ketiga adalah pada akhir tahun ini.

“Sebarang perkembangan terkini akan disiarkan di laman web khusus jabatan negara“, tambah Blinken.

Setelah AS mempunyai pilihan jantina yang ketiga secara rasmi, ia akan sertai beberapa negara yang juga mempunyai usaha yang sama seperti Australia, Kanada, Jerman, India, Nepal dan New Zealand.

Berbeza dengan Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, dengan pendirian yang masih sama, Malaysia telah menolak sekeras-kerasnya dasar luar Amerika Syarikat yang mengiktiraf golongan LGBT di seluruh dunia kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

Tambahan pula, usaha ke arah pengiktirafan jantina ketiga akan memberi kesan bukan sahaja kepada segelintir individu tetapi kepada semua rakyat Malaysia serta bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, rukun negara dan undang-undang Syariah Islam.

Justeru, ia juga menyumbang kepada masalah keruntuhan dalam institusi keluarga seperti yang berlaku pada pasangan perkahwinan sejantina di Singapura apabila jantina ketiga dibenarkan dan hal ini mestilah diberi perhatian serius.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!