"Tangan, Kaki Alami Gatal Teruk" Selepas Pulang Dari Makam Mahsuri Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

“Tangan, Kaki Alami Gatal Teruk” Selepas Pulang Dari Makam Mahsuri

Share

Pastinya semua sudah sinonim dengan kisah Mahsuri, seorang gadis cantik yang dihukum bunuh akibat daripada fitnah dan cemburu kerana kecantikanya.

Menerusi Kelab Cerita Hantu Malaysia, seorang wanita sempat berkongsi pengalaman yang menyeramkan ketika melawat makan Mahsuri di Langkawi.

Peristiwa yang terjadi 6 tahun lepas masih segar di ingatanya kerana kejadian aneh yang dilaluinya iaitu gatal-gatal pada bahagian pergelangan lengan dan kaki sangat menyeramkan apatah lagi apabila gatal itu hilang sejuruz azan subuh.

Assalamualaikum sebelum aku bercerita, aku nak mohon maaf terlebih dahulu andai ada tersilap. Tak berniat mengguris hati sesiapa terutama orang yang berasal dari kedah/langkawi. Just nak share pengalaman. Cerita dia dah lama. 6 tahun lepas masa aku study dulu. Masa pergi rombongan universiti ke Langkawi untuk projek sekolah rendah. Kira lawatan sambil belajar.

Satu hari ke sekolah untuk projek. Hari lain berjalan dan tak ketinggalan ke muzium makam mahsuri. Masa masuk muzium tu, ada sorang lelaki bawak pusing-pusing tengok sambil dia explain segala benda. Macam tour guide la lebih kurang. Masa berkumpul depan frame gambar mahsuri yang besar tu. Dia cerita serba sedikit pasal potret mahsuri tu. Kononnya pelukis tu dapat ilham wajah mahsuri dari mimpi la. Gambar tu misteri la. Jangan tenung gambar tu lama-lama la. Tenung gambar tu ikut sudut mana pun mata dia mengikut memandang kita. Dan macam2 lagi dia cerita.

Bila lepas dia cerita pasal gambar tu, semua beredar kecuali aku sorang. Aku dok tenung je lelama. Dalam hati aku ckp, “cantik jugak. Mesti dia paling cantik waktu tu tapi kesian dia sebab kena fitnah.” Kemudian aku bawak keluar phone dan ambil gambar tu. Malam tu, balik ke bilik. Aku tidur lambat.. Sekitar jam 3pagi. Org kata jam 3 pagi tu waktu kemuncak. Waktu benda-benda halus tu dok aktif. Aku biasalah dok belek fon tengok balik gambar-gambar sepanjang 3 hari kat Pulau Langkawi. Sampai gambar mahsuri, aku tenung je lama-lama sebab aku rasa unik, aku suka. Then aku buat wallpaper handphone aku kemudian off fon dan terus tidur. Pagi tu, subuh2 sekitar jam 5 lebih macam tu aku terjaga.

Sebabnya, bukan alarm subuh aku bunyi. Tapi aku bangun tengok, kaki tangan aku naik gatal-gatal merah-merah. Nak kata alergik mcm mustahil sebabnya alergik aku bila datang akan naik kat muka atau peha. Ini tidak. Tempat gatal-gatal merah-merah tu hanya naik dekat sekitar pergelangan tangan dan kaki (tapak kaki sampai atas buku lali dan tapak tangan sampai atas pergelangan tangan sedikit). Pelik kan? Senang cerita, tempat aku naik gatal-gatal merah-merah tu betul-betul exactly sama persis dgn tempat tangan dan kaki mahsuri yang terdedah dalam gambar tu. Tempat yang tak tertutup tu. Exactly sama

Aku memang terkejut dan hairan jugak. Puas menggaru sebab naik penuh merah2 gatal-gatal. Sampailah azan subuh berkumandang. Sekelip mata tak sampai 5-10 minit lepas tu, gatal merah tu semua hilang macam tu je. Kebetulan time tu aku uzur tak boleh solat. Aku sambung tidur lepas azan tu. Jam 7 lebih dekat 8 pagi aku terjaga lagi. Tangan kaki aku CLEAR! Bersih beb! Takde satu merah bintat gatal ke apa. Licin habis. So aku buka galery fon dan tengok balik gambar mahsuri yang aku amek tu.

Betul tangan kaki aku gatal merah-merah tu tempatnya sama dengan tempat tangan kaki mahsuri yang tak tertutup dalam gambar tu. So since kejadian tu. Aku memang tak berani tenung or tengok gambar mahsuri lagi. Tapi aku still simpan dalam gallery fon sampai sekarang sebab rasa sayang nak buang. So tu jela nak share. Bukan nak cakap gambar tu berhantu ke apa. Just nak share apa aku alami. Yang maybe berkaitan atau tidak. Salah kata ke apa, mengguris ke, tersalah info ke apa. Mohon maaf.

Apa yang lebih menyeramkan, bahagian yang gatal-gatal itu terkena pada bahagian yang terdedah seperti dalam potret Mahsuri.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!