Tangkap Ikan Berwajah Khinzir, Tindakan Pelaut Terima Kecaman Warganet );

Type to search

Adamedia Isu Best

Tangkap Ikan Berwajah Khinzir, Tindakan Pelaut Terima Kecaman Warganet

Share
ikan berwajah khinzir

Baru-baru ini, tular kisah seorang pelaut di internet apabila dia menemui seekor ikan yang pelik.

Umum mengetahui lautan dalam yang luas terbentang memang banyak menyimpan seribu satu khazanah yang masih banyak lagi belum diterokai oleh manusia.

Ikan pelik yang mempunyai wajah seakan khinzir itu ditemui di kawasan kepulauan Elba di Itali pada 19 Ogos lalu.

BACA: Teruk Dikecam Peminat, Stesen TV Mnet Mohon Maaf Kerana Guna Laungan Azan Dalam Rancangan Realiti di Korea

Ia dikenali sebagai angular roughshark (Oxynotus centrina) atau turut popular dengan nama jerung berwajah khinzir.

Ketika ditarik naik ke kapal, mereka pada mulanya menyangka ia seekor jerung. Namun, pelaut itu terkejut melihat wajahnya seiras khinzir.

Selepas diselidik, ia sememangnya dalam spesies jerung, tetapi jenis yang jarang ditemui.

Jerung ini dikenali sebagai Angular Roughshark (Oxynotus centrina) atau turut popular dengan nama jerung berwajah khinzir.

Posting pelaut tersebut mengenai ikan ini ternyata menarik perhatian sehingga dihujani ratusan komen.

Tambahan lagi, ada juga warganet yang menyelar tindakan pelaut tersebut kerana menangkap hidupan tersebut.

[Sumber: Daily Star]
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!