Tayangan Frozen 2 Kini Bermula - Mak Ayah Pun Tak Sabar! - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Infotainmen

Tayangan Frozen 2 Kini Bermula – Mak Ayah Pun Tak Sabar!

Share

Demam Queen Elsa kini mula menghantui peminatnya yang bukan sahaja terdiri daripada kanak-kanak bahkan orang dewasa.Kini, Elsa kembali dalam Frozen 2.

Elsa si Ratu Salji dan adiknya Anna, ditemani rakan-rakan mereka Kristoff, Olaf dan Sven, memulakan pengembaraan jauh ke dalam hutan demi mencari kisah sebenar misteri kuno kerajaan Arendelle.

Trailer filem animasi dengan kos pembikinan sebanyak 200 juta dolar yang berdurasi 2.21 minit sehingga hari ini telah meraih 8 juta jumlah tontonan.

Menerusi trailer berkenaan, Elsa melihat ombak membadai dan kemudian menggunakan keberaniannya untuk menyeberang laut berkenaan dengan menggunakan kesaktian aisnya, namun tidak semena-mena telah terjatuh ke dalam ombak.

Filem ini dijangka bakal menerima kutipan sebanyak 6 bilion dolar untuk tayangan keseluruhan di seluruh dunia.

Frozen yang diarahkan oleh Jennifer Lee dan Chris Buck memperkenalkan peminat kepada watak-watak seperti Olaf si orang salji, Puteri Anna dan Queen Elsa memperoleh lebih daripada 1.2 bilion dolar di seluruh dunia memenangi Anugerah Akademi untuk filem Feature Animasi Terbaik pada tahun 2014.

Untuk peminat filem ini di Malaysia, anda bertuah kerana dapat menontonnya sehari lebih awal dari tarikh tayangan sebenar iaitu 22 November 2019.

Kredit foto : Walt Disney Pictures
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!