Teknik – Teknik Berkesan Untuk Berhenti Merokok - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Isu Best

Teknik – Teknik Berkesan Untuk Berhenti Merokok

Share

Kita pasti tahu bahawa merokok adalah berbahaya, baik untuk diri sendiri mahu pun terhadap orang lain yang ada di sekeliling mereka.

Disebabkan ketagihan, perokok sangat sukar untuk berhenti walaupun ada yang mahu berbuat demikian.

Sedut Minuman
Apabila anda menyedut minuman dengan menggunakan straw, ia akan mengganti dan membantu anda untuk menghentikan keinginan menyedut rokok.

Mengunyah dan Makan
Salah satu cara untuk melupakan kita dengan tabiat merokok ialah ambil apa-apa makanan untuk mengunyah. Bagi mengelakkan kenaikan berat badan, ambil makanan yang rendah lemak dan kolesterol.

Kuantiti sedikit secara kerap. Ambil buah-buahan ataupun mengunyah chewing gum.

Penuhkan Jadual Bulanan Anda
Buat jadual bulanan secara tetap. Sebelum masuk bulan baru, pastikan anda buat jadual harian selama sebulan.

Padatkan rutin harian. Semakin sibuk anda, semakin lemah keinginan anda terhadap perkara lain seperti merokok.

Banyakkan Aktiviti Sihat
Berbasikal, bersukan dan berlari contohnya. Sibukkan diri dengan aktiviti sukan dan lasak akan menjadikan hidup lebih bermanfaat.

Ingat Semula Kenapa Anda Berhenti Merokok
Buat peringatan untuk diri sendiri dan letakkan di tempat yang selalu anda akan lihat seperti lekat di dinding, di pintu peti ais, di dapur atau di bilik.

Anda pasti akan sentiasa bermotivasi dengan matlamat asal anda.

Simpan Duit Setiap Hari
Jadikan amalan menyimpan duit yang selama ini anda guna untuk rokok dengan menyimpan di tabung.

Bila keinginan untuk merokok datang, lihat kembali berapa banyak duit yang telah anda simpan semenjak berhenti merokok dan anda akan rasa rugi untuk merokok semula.

Keep On Track
Kekalkan momentum dan motivasi anda. Banyakkan sertai dan hadiri program bermanfaat seperti ceramah agama, aktiviti bersama keluarga dan beriadah.

Semua perkara ini akan membuat anda terus konsisten dengan matlamat anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!