Telco Malaysia Membantu Memberi Tawaran Pelan Menarik Kepada Para Pelajar SPM & STPM
Share

Syarikat Telekomunikasi Tempatan (Telco) sekarang mula melancarkan pakej data yang menarik bagi para pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggil Pelajaran Malaysia (STPM) tahun ini.
Tawaran ini dilancarkan bagi mebantu para pelajar SPM dan STPM untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran terutama secara atas talian di mana kebanyakkan pelajar kurang dari segi capaian internet yang besar.
Buat masa ini hanya telco dari Celcom dan U Mobile sahaja yang baru mengeluarkan kenyataan tersebut.
Pakej tawaran ini diberikan dengan capaian data sebanyak 15GB dengan harga sebanyak RM 20.00 sebulan sahaja.
– SPM STPM PLAN U Mobile; LowyatNET –
– Tawaran Pelan Celcom; LowyatNET –
Syarat bagi memperolehi tawaran ini perlulah berumur antara 17 hingga 20 tahun sahaja. Ianya sudah termaktuda dalam FAQ yang diterbitkan oleh pihak Telco berkenaan.
Pelan ini juga hanyalah tersedia bagi pelanggan prabayar manakala pengguna Xpax boleh mendaftar melalui aplikasi Celcom Life. Bagi pengguna U Mobile pula boleh mendapatkan pelan tersebut melalui aplikasi MyUMobile.
Tawaran ini sah sehingga 30 April 2021, bermakna pelajar perlu mendapatkan tawaran data yang lain bermula Mei tahun ini.
[Sumber: Lowyat]