[VIDEO] Telur Celup Tepung – Menu Viral ‘Kentucky Fried Egg’ Ini Buat Netizen Terliur );

Type to search

Adamedia Lifestyle Makan

[VIDEO] Telur Celup Tepung – Menu Viral ‘Kentucky Fried Egg’ Ini Buat Netizen Terliur

Share
telur

Jika sebelum ini anda sudah terbiasa dengan hidangan ayam, sotong dan udang yang disaluti tepung goreng, kali ini muncul pula sebuah menu baru iaitu telur goreng celup tepung!

Telur celup tepung atau nama komersialya, ‘Kentucky Fried Egg’ ini merupakan menu hidangan sampingan yang menarik untuk dicuba orang ramai.

Dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok, video ini menerangkan secara terperinci cara-cara penyediaan menu ini.

Hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah dan ringkas, ianya boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja dan yang paling penting ianya sedap!

telur

Sama seperti menggoreng pisang, ternyata ianya sangat mudah untuk digoreng kerana saiz telur yang telah digunting kecil, membolehkan ianya digoreng sekaligus dalam kuantiti yang banyak.

telur

Rata-rata warganet di Tiktok memberikan pandangan dan respon yang positif terhadap menu terbaru ini.

Malah, ada yang telah mencuba menu masakan ini di rumah serta memberikan reaksi yang sangat baik di ruangan komen.

telur

telur

Menarik kan menu baru ni? Mudah, ringkas dan yang paling penting, enak untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja.

Apa lagi anda tunggu? Bosan-bosan PKP ni try la masak dekat rumah, boleh buat snek di malam hari!

 

[Sumber]: Tiktok

 

Baca: Indah Khabar Dari Rupa! Lelaki Ini Kecewa Set Jimat Kulit Ayam KFC Dibeli Hanya Ada 3 Keping

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!