Tengku Mahkota Kelantan & Isteri Melawat Si Kembar - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Tengku Mahkota Kelantan & Isteri Melawat Si Kembar

Avatar
Share

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sepasang kembar yang kematian ibunya akibat daripada komplikasi selepas bersalin.

Sepasang bayi kembar perempuan yang bernama Medina Safiya dan Medina Sofiya dikunjungi diraja, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan Isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson di kediaman keluarga di Kampung Pak Keral.

Syazwan Najmi, bapa kepada bayi kembar berkenaan berkata, pasangan diraja tersebut meluangkan masa lebih kurang setengah jam bertanyakan keadaan mereka sekeluarga dan melayan bayi kembarnya yang kini berusia lima bulan

“Ketika kunjungan mereka semalam, Cik Puan Sofie kelihatan seronok melayan dua anak saya sambil memberi pujian ‘comey lotey,” katanya.

“Kami dihubungi wakil istana dua minggu lalu mengenai kunjungan ini dan mula melakukan persediaan sebaiknya untuk menerima kedatangan Tengku Mahkota dan Cik Puan Sofie.

“Sehingga hari ini rasa gementar masih ada kerana tidak pernah bermimpi untuk berdepan dengan pemimpin secara berdepan apatah lagi dari kalangan istana,” katanya lagi.

Tengku Mahkota juga sempat berpesan kepada Syazwan Najmi supaya menjaga dua amanah itu dengan baik dan tabah dalam membesarkan mereka.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!