Terbangkan RM 10,000 Ke Langit Sebagai Simbolik Pelancaran Pakaian, Youtuber Ini Dikecam Netizen );

Type to search

Adamedia Isu Best

Terbangkan RM 10,000 Ke Langit Sebagai Simbolik Pelancaran Pakaian, Youtuber Ini Dikecam Netizen

Share
rm

Kebiasaannya majlis pelancaran jenama pakaian akan diadakan di hotel ataupun dewan sebagai tanda penghargaan pada tetamu jemputan dan sedikit juadah ringan buat mereka.

Namun lain pula kisahnya apabila youtuber ini hanya melakukannya di hadapan rumah sambil ditemani rakan bagi memeriahkan lagi pelancaran pakaian beliau.

Namun yang paling mencuri perhatian adalah apabila beliau melepaskan sejumlah wang tunai sebanyak RM 10,000 ke langit dengan mengikatnya pada belon.

 

Lebih dikenali dengan nama gelaran Isa Isarb, pemuda ini cukup terkenal di platform Youtube kerana sering memuat naik video yang sentiasa mencuri perhatian warganet.

Dengan hanya menggunakan gunting, wang berkenaan telah dilepaskan ke langit sebaik sahaja beliau memotong kesemua tali yang diikat pada belon tersebut.

rm

Meskipun ianya dilihat sebagai sesuatu yang unik dan berbeza daripada yang lain, rata-rata netizen di Tiktok meluahkan rasa kecewa dan kecaman terhadap apa yang dilakukan youtuber terkenal ini.

rm

rm

 

“Baik bagi duit dekat orang yang betul-betul susah, jangan buat macam ni bro…”

 

rm

Isa Isarb sebelum ini juga pernah viral dengan isu semasa memberikan sumbangan wang RM 1 pada petugas media di Istana Negara.

Meskipun sering menerima kecaman dan cacian daripada netizen, namun video berkenaan yang baru sahaja dimuat naik pada hari semalam, telah berjaya mendapat sebanyak 341 ribu jumlah tontonan.

Apa pula pendapat anda, adakah ianya satu tindakan yang kurang wajar ataupun sekadar konten di media sosial?

 

[Sumber]: Tiktok

 

Baca: Rakyat Thailand Isi Petisyen Benarkan Sajjad Tinggal Di Thailand

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!