Terkejut Jumpa Buaya Sedang Berehat Dalam Kebun Sawit Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Terkejut Jumpa Buaya Sedang Berehat Dalam Kebun Sawit

Share

Kalau dah namanya buaya, terserempak di mana-mana sahaja pastinya akan berasa takut. Walaupun ia kelihatan besar dan bergerak lambat, jangan sesekali pandang rendah akan kelebihan buaya itu sendiri.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang pekebun terkejut kerana terjumpa seekor buaya yang berukuran sepanjang tiga meter di dalam lopak air di sebuah kebun. Kejadian ini berlaku di Kampung Linau Kecil, Batu Pahat pada Isnin lepas

Semasa kejadian itu berlaku, pekebun terbabit sedang membersihkan kawasan berkenaan seperti biasa. Dalam keadaan yang tidak dijangka terserempak dengan buaya yang sedang berehat, beliau terus menghubungi  bomba bagi meminta bantuan lalu sepasukan bomba dihantar ke lokasi kejadian dengan segera.

“Operasi menangkap reptilian seberat 150 kilogram itu mengambil masa 30 minit disebabkan ia agak agresif “ kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saifulle Idris. Katanya juga buaya berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan seterusnya.

Pastinya perkara ini mendapat respon yang melucukan daripada netizen di media social

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!