'Dr Ganja' Jual Minyak Kanabis Terlepas Hukuman Gantung, Luahan Bekas Wartawan Jenayah Ini Curi Perhatian Ramai );

Type to search

Adamedia Isu Best Pilihan Adamedia

‘Dr Ganja’ Jual Minyak Kanabis Terlepas Hukuman Gantung, Luahan Bekas Wartawan Jenayah Ini Curi Perhatian Ramai

Share
kanabis

Desakan berterusan, suara petisyen serta arahan kajian semula daripada pelbagai pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Nurul Izzah Anwar serta masyarakat khususnya bekas pesakit yang pernah menggunakan minyak kanabis sebagai alternatif rawatan akhirnya membuahkan hasil.

Bertahun menempuh perbicaraan, semalam sejarah telah tercipta. Sedikit flashback untuk anda fahami isu Doktor Ganja yang menjual minyak kanabis ini.

kanabis

Muhammad Lukman Mohamad, 29, bapa kepada seorang cahayamata telah ditahan pada Disember 2015 kerana memiliki minyak kanabis, kanabis dimampatkan dan tetrahydrocan nabinol (THC) dalam serbuan di rumahnya, Banting pada 7 Disember 2015.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman mati terhadap Luqman pada Ogos 2018 sebelum Makhamah Persekutuan di Putrajaya pada 17 Februari lalu membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitannya atas dua pertuduhan mengedar dadah.

Menurut peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata anak guamnya sekadar mahu membantu pesakit yang penyakitnya hanya boleh dirawat menggunakan THC, sejenis bahan aktif dalam kanabis, dan Luqman tiada niat sama sekali untuk mengedar atau menjual.

Antaranya adalah seorang penghidap sakit Thalesemia yang telah menggunakan minyak ganja sepenuhnya sebagai medium rawatan utama sejak 2016 tanpa mendapatkan apa-apa ubat-ubatan dari pihak hospital.

Tambahnya lagi, Luqman akan dibebaskan daripada penjara selepas hukuman sebatan dijatuhkan. Muhammad Lukman merupakan seorang jurutera yang menjual pati kanabis untuk rawatan penyakit kanser, pengidap sakit Thalesemia dan Luqman telah memberi minyak rawatan ini kepada tidak kurang daripada 800 orang pesakit termasuk ibunya sendiri.

Kes Doktor Ganja ini menjadi tular di laman sosial dan mendapat liputan antarabangsa di Perancis, United Kingdom dan Australia. Baca di sini – BBC.com

kanabis
Lukman menjual minyak kanabis untuk perubatan

Penulis tergerak hati untuk kongsikan perjuangan di belakang tabir oleh ketua wartawan meja jenayah, Syahril A. Kadir (SAK) menerusi hantaran tulisan di Facebook tentang kisah Lukman hingga mencatat 16 ribu like dan 21 ribu share. Penulis sendiri antara salah satu daripada 124,951 followers di FB Syahril A.Kadir.

Jelasnya lagi, beliau tidak menyangka perkongsian nukilannya pada 10 September 2018 berbaloi setelah rayuan Lukman serta barisan peguamnya berjaya mendapat pertimbangan sewajarnya dari panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

kanabis


“Saya adalah orang yang cukup benci terhadap penyalahgunaan dadah. Saya ulang – PENYALAHGUNAAN. Namun apa yang berlaku tiga tahun lepas cukup mencengkam hati saya. Bagi kita yang tak pernah terdedah dalam dunia ganja ini, kita anggap ia satu topik yang taboo tetapi dalam sedar tak sedar, sebenarnya ganja kini semakin diterima di banyak negara di dunia sebagai salah satu tumbuhan yang mempunyai khasiat dan kelebihan khususnya dalam merawat pelbagai penyakit kronik”, jelas Syahril A. Kadir yang juga bekas ketua pengarang berita di TV Alhijrah.


Ikuti perkongsian posting dari Syahril A. Kadir yang berjudul “Perjuangan Kecil Saya untuk Lukman”;

kanabis
Muhammad Lukman Mohamad/Free Malaysia Today

Benar, langit tak selalu cerah, awan pula tak selalu mendung namun jangan kita sesekali lupa, pasti muncul pelangi selepas hujan.

Rata-rata pengikut ulasan SAK mengucap tanda syukur atas berita gembira ini dan mereka berharap beliau meneruskan penulisan yang dapat memberi inspirasi, kata-kata semangat, teori serta motivasi.

Trivia – Negara anggota agensi Dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju untuk menggugurkan atau mengeluarkan status ganja daripada senarai kawalan ketat dadah narkotik. Baca di sini – Berita Harian

Thailand pula menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membenarkan ganja untuk kegunaan perubatan serta bakal memperkenalkan marijuana tour kepada pelancong. Baca di sini – Thailand Lawatan Ganja Tarikan Pelancongan

kanabis
Peguam mewakili Lukman, Hisyam Teh Poh Teik/Foto/Mukhriz Hazim

“Ganja semakin diterima ramai di banyak negara sebagai tumbuhan yang mempunyai banyak faedah, terutamanya rawatan pelbagai penyakit kronik” – Nurul Izzah Anwar (sumber)

“Saya tidak melihat alasan untuk hukuman sebegini (gantung) dan saya melihat kehidupan yang dimusnahkan akibat pemenjaraan” – Ruth Dreifuss, Pengerusi Suruhanjaya Polisi Dadah Global (sumber)

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!