Terperangkap Dalam Kereta Ditelenggami Air, Jangan Panik - Ini 7 Cara Selamatkan Diri Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Terperangkap Dalam Kereta Ditelenggami Air, Jangan Panik – Ini 7 Cara Selamatkan Diri

Share

Banjir kilat merupakan satu mimpi ngeri bagi penduduk yang sedang mengalaminya. Ia bukan sahaja merosakkan harta benda tetapi juga boleh meragut nyawa.Walaubagaimana pun, semua orang perlu tahu asas yang paling penting untuk menyelamatkan diri jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.

Terdapat banyak kes kematian akibat lemas kereta dihanyutkan oleh air banjir. Ramai yang melakukan kesalah semasa ingin menyelamatkan diri tetapi dalam keadaan panik yang membawa kepada kematian.

Video berdurasi 2.55 minit ini menunjukkan cara yang betul untuk menyelamatkan diri jika terperangkap dalam kereta yang ditenggelami air.

Cara untuk selamatkan diri jika kereta terhumban ke dalam air

1 – Buka tali pinggang
2 – Turunkan tingkap sepantas boleh
3 – Jangan panik
4 – Keluarkan kepala dari tingkap dan terus menyelam atau berenang ke kawasan selamat
5 – Kalau bersama bayi atau budak, pemandu turunkan tingkap lalu terus keluar dari kereta dan penumpang perlu uruskan bayi terlebih dahulu sebelum budak, buka tali pinggang dan hulur mereka pada pemandu.
6 – Seandainya tingkap tidak boleh dibuka atau rosak, cari barang yang mampu menekan cermin tingkap sehingga retak atau pecah. Sebagai contoh, batang besi pada headrest atau stereng lock.
7 – Paling penting, pemandu dan penumpang (orang dewasa) jangan panik.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!