Teruk Dikecam Peminat, Stesen Tv Mnet Mohon Maaf Kerana Guna Laungan Azan Dalam Rancangan Realiti Di Korea );

Type to search

Adamedia Isu Best

Teruk Dikecam Peminat, Stesen Tv Mnet Mohon Maaf Kerana Guna Laungan Azan Dalam Rancangan Realiti Di Korea

Share
azan

Beberapa hari lalu tular di media sosial apabila laungan azan digunakan sebagai muzik latar dan runut bunyi pada sebuah program realiti terbitan syarikat produksi di Korea Selatan.

Berikutan itu, rata-rata netizen di seluruh dunia mengecam syarikat produksi tersebut, Mnet yang dikatakan mempersendakan agama Islam.

Selepas terus dikecam, Mnet akhirnya membuatpermohonan maaf secara terbuka di laman sosial rasmi mereka.

azan

Menerusi kenyataan di Instagram, Mnet berkata mereka tiada niat ingin menyentuh sensitiviti agama dan lagu tersebut digubah serta diambil daripada pihak ketiga.

“Bagi pihak pasukan produksi Mnet Street Woman Fighter, kami memohon maaf mengenai soundtrack yang digunakan dalam episod pembukaan ‘Street Woman Fighter.’

“Lagu ini adalah soundtrack elektronik yang didaftarkan secara rasmi di laman rasmi atas talian. Pasukan produksi berpendapat bahawa bunyi eletronik lagu itu sesuai sebagai muzik latar program. Kami semestinya tidak mempunyai niat lain.

“Kami menurunkan video tersebut dan akan memuat naik semula selepas menukar lagu baharu,” kata pengendali akaun Mnet Dance.

azan

Mnet menerima kecaman apabila laungan azan yang telah diolah dan digubal dijadikan sebagai runut bunyi pada bahagian permulaan rancangan Street Woman Fighter yang dimuat naik di laman Youtube.

 

Jika didengar secara teliti, laungan azan masih boleh didengari dengan jelas meskipun ianya hanyalah sekadar muzik latar pada rancangan tersebut.

Walaubagaimanapun, semuanya telahpun selesai dan perkara sebegini haruslah dititikberatkan oleh syarikat produsi tv di seluruh dunia agar sentiasa menghormati agama lain.

 

[Sumber]: mstar

 

Baca: PU Amin Kongsikan Sijil Vaksin Zaman Uthmaniyah, Warganet ‘Berperang’ Di Komen

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!