"Tetamu" Tidak Diundang Di Musim Tengkujuh );

Type to search

“Tetamu” Tidak Diundang Di Musim Tengkujuh

Adamedia Isu Best

“Tetamu” Tidak Diundang Di Musim Tengkujuh

Share

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat menyatakan bahawa mereka berjaya menangkap tiga ekor “king cobra” yang berukuran satu meter dengan berat tujuh hingga 10 kilogram pada minggu lalu.

Mereka melakukan tangkapan tersebut setelah tibanya musim tengkujuh dan hujan lebat.

“Tetamu” tersebut masuk ke kawasan itu kerana habitat kediaman mereka kini sudah dipenuhi air dan banjir.

Sepanjang musim tengkujuh ini, pihak mereka berjaya mencari dan menangkap hampir 11 ekor ular dan ia termasuk sekali tiga ekor “king cobra” tersebut.

Kebiasaan apabila tiba musim hujan tengkujuh dan musim kemarau melanda, kes melibatkan ular di dalam rumah penduduk akan meningkat kerana reptilia tersebut mencari tempat berlindung.

(“King Cobra” yang berjaya ditangkap oleh pihak APM; Harian Metro)

Sumber: Harian Metro

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!