Rakyat Thailand Isi Petisyen Benarkan Sajjad Tinggal Di Thailand );

Type to search

Adamedia Isu Best

Rakyat Thailand Isi Petisyen Benarkan Sajjad Tinggal Di Thailand

Share
petisyen

Baru-baru ini tular di media sosial apabila usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atapun lebih dikenali sebagai Nur Sajjad telah ditangkap oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Berikutan itu, beliau kini sedang dalam tahanan pihak berkuasa di Thailand dan akan dibawa pulang ke Malaysia tidak lama lagi untuk tindakan undang-undang selanjutnya.

Namun di sebalik penahanan beliau di negara gajah putih itu, terdapat sekumpulan penyokong yang menyuarakan sokongan mereka terhadap Nur Sajjad apabila mewujudkan sebuah petisyen secara online di laman web.

petisyen

Difahamkan, hampir lima puluh peguam bela hak asasi manusia di Thailand meminta pemerintah untuk membenarkan Nur Sajat tinggal di negara itu daripada mengirimnya kembali ke Malaysia.

Sebuah petisyen dalam talian telah direka oleh kumpulan Jaringan Aktivis dan Hak Asasi Manusia demi memelihara hak dan keadilan jantina dengan mendesak pemerintah Thailand untuk mengizinkan beliau tinggal di Thailand sementara menantikan keputusan untuk berhijrah ke Australia

petisyen

Nur Sajat melarikan diri ke Thailand awal tahun ini ketika diburu oleh pegawai agama Islam Malaysia kerana tuduhan menghina Islam dengan berpakaian perempuan ketika melakukan kerja amal di sekolah agama tempatan dan bertelekung ketika menunaikan Umrah di Makkah.

Petisyen itu menekankan bahawa pemerintah Thailand harus mempertimbangkan Suruhanjaya Tinggi PBB untuk pelarian, dengan menyatakan bahawa mereka tidak boleh dihantar kembali ke negara asal yang memberikan ancaman serius terhadap kebebasan mereka.

petisyen

Setakat ini, petisyen berkenaan telah mencapai sebanyak 360 sokongan undian dan sedang mensasarkan seramai 500 orang sebagai permulaan.

Walau apapun yang berlaku, diharap segalanya boleh diselesaikan dengan cara yang baik dan serahkan pada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

 

[Sumber]: coconut

 

Baca: “Cikgu Bukan Macam Netizen Lembu” – Suhaimi Saad Puji Pendirian 779 Cikgu Di Johor Tolak Vaksin

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!