The Black Parade Kembali Menghantui Peminat Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

The Black Parade Kembali Menghantui Peminat

Share

Sejak tahun lalu, saluran YouTube band pop-punk, My Chemical Romance (MCR) telah memuat naik beberapa video never seen before MCR sebagai pembayang bahawa kumpulan ini akan muncul kembali suatu hari nanti.

Setelah menunggu masa bertahun-tahun, nampaknya impian para peminat untuk melihat band ini bersatu semula menjadi realiti.

MCR telah mengesahkan untuk mengadakan persembahan sulung mereka di konsert Return yang akan berlangsung di Shrine Expo Hall, Los Angeles pada 20 Disember ini melalui Twitter rasmi mereka.

Berita ini pastinya adalah berita yang paling gembira buat para peminat untuk melihat kumpulan dengan lagu Helena yang mengangkat nama MCR pada tahun 2000 itu beraksi kembali.

Ia adalah penampilan sulung mereka sejak ahli kumpulan itu mengumumkan membawa haluan masing-masing pada tahun 2013.

My Chemical Romance, band ini berasal dari Newark, New Jersey pada tahun 2001. Band ini diketuai oleh Gerard Way (vokalis) bersama abangnyanya Mikey Way (pemain bass) serta gitaris Frank Iero, Ray Toro.

MCR dianggotai oleh vokalis utama Gerard Way, pemain gitar bass Mikey Way, serta gitaris Ray Toro, Frank Lero dan ramai lagi.

Album pertama kumpulan MCR menampilkan genre rock alternatif manakala album Three Cheers for Revenge Sweet pula mempopularkan genre emo yang menjadi trademark mereka yang diingati sehingga hari ini. Album terakhir MCR “Danger Days: The True Lives Of The Fabulous Killjoys” yang diterbitkan pada 2010.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!