The Good Shop Lancarkan Pembelian dalam Talian dan Kedai Pop-up - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Infotainmen

The Good Shop Lancarkan Pembelian dalam Talian dan Kedai Pop-up

Share

The Good Shop (TGS) telah mengumumkan kolaborasi bersama Sunway Real Estate Investment Trust (SUNWAY REIT) di mana TGS akan mula bertapak di SUNWAY PYRAMID selama 6 bulan dan pada masa yang sama melancarkan portal e-dagang The Good Shop: https://thegoodshop.com.my.

Pelancaran ini memberi masyarakat pilihan untuk membeli produk-produk dari “Malaysian Impact Makers” dan menyumbangkan kepada inisiatif keusahawanan social dalam talian.

Dengan sokongan dari Sunway REIT, ini merupakan kali pertama TGS boleh menggunakan hari-hari tertentu untuk mempamer dan menjual produk-produk impak dari “Malaysian Impact Makers” pada hujung minggu (Sabtu & Ahad); dan akan berubah menjadi pusat pertimbangan sosial pada hari biasa (Isnin – Jumaat).

Ini dapat memberi kesedaran dan mengajar tentang isu-isu cabaran Glogal sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (“Sustainable Development Goals”) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) atau SDG yang kini giat dijalankan oleh Sunway REIT.

Ketua Pegawai Kewangan Sunway REIT, Irene Sin berkata, “Selari dengan matlamat Sunway REIT untuk mengekalkan fokus dalam menyokong peningkatan ekonomi melalui sumbangan terhadap bina negara, kami yakin bahawa, dengan sokongan yang tepat, para “pemberi impak” ini mampu menjana pendapatan sendiri dalam asas dan boleh memberi kesan penggandaan positif terhadap ekonomi.”

TGS, sebagai keusahawanan sosial, kini telah menjana pendapatan hampir separuh juta Ringgit melalui penjualan runcit, dan mencapai penglibatan masyarakat menggunakan pelbagai acara seperti bengkel, pertandingan dan aktiviti-aktiviti berkaitan.

Dari kiri, Pengasas TGS Eena Khalil, Sunway REIT CFO Irene Sin, ADUN Subang Michelle Ng dan Sunway Group COO Kevin Tan merasmikan pembukaan di Sunway Pyramid

“Kita patut mengambil semula hak negara kita dan mewujudkan Malaysia yang kita mahu. Kita semua patut menyumbang semula kepada masyarakat kita.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada The Good Shop dan Sunway kerana usaha terbaik anda adalah apa kami cuba laksanakan tetapi anda semua berjaya mencapainya.”, kata ADUN Subang Jaya YB Michelle Ng semasa ucapan beliau sewaktu pelancaran.

TGS juga telah melancarkan Produk Impak pertama, iaitu The Good Shop’s Wet Wipes. The Good Shop berhasrat untuk menyumbangkan produk TGS’s Wet Wipes yang akan menyokong Malaysian Team of Persons with Disabilities (Abilympics) yang bakal ke Abilympic Antarabangsa Ke-10 di Russia pada tahun 2020.

“Setelah sekian lama, selepas 4 tahun TGS beroperasi, akhirnya kita mempunyai produk impak untuk diperkasakan dan kami percayai.

Kami ingin membuka hati dan minda semua komuniti walaupun pelbagai gelaran dan label diberikan kepada orang-orang ini, kemahiran dan kebolehan mereka tidak terganggu dengan gelaran-gelaran tersebut, sama seperti anda dan saya, mereka sebahagian daripada komuniti ini yang mampu memberi sumbangan terhadap masyarakat dan ekonomi negara”, kata pengasas dan pengarah TGS, Eena Khalil.

Tentang The Good Shop
Diasaskan oleh dua usahawan wanita pada tahun 2015, The Good Shop (TGS); dioperasikan oleh SROI Sdn. Bhd., menjual “Produk-Produk Impak” dengan membeli produk-produk hasil daripada insan-insan dari komuniti khas, “eco-champions” dan tukang-tukang (juga kami kenali sebagai Impact Makers); seterusnya membantu mereka membina kemampuan diri melalui peruncitan luar dan dalam talian. Polisi Penuh ini membenarkan mereka memperjuangkan pelbagai perkara sosial, persekitaran dan punca-punca lain yang diwakilkan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!