Tempoh Tayangan Episod Akhir ‘The Penthouse 2’ Dijangka 90 Minit Lebih Lama!
Share

Bagi korang yang mengikuti k-drama The Penthouse yang sudah popular sejak musim pertama tahun lepas, pastinya rasa tak sabar nak tunggu episod terakhir Jumaat ini.
Menjelang penghujung musim kedua The Penthouse, semakin ramai yang berdebar menantikan kesudahannya.
Tak tahu apa yang akan meledak nanti, namun daripada jadual siaran yang baru dikeluarkan, nampaknya episod terakhir musim kedua drama ini akan berlangsung selama 90 minit lamanya. Wow!


Seperti yang korang tahu, drama ini biasanya hanya ditayangkan selama 60 minit sahaja bagi setiap episodnya. Nampaknya memang padatlah pelbagai babak yang akan membuatkan penonton stres ebelum menantikan musim ketiga nanti.
Daripada laporan sebelum ini, “The Penthouse 3” dikhabarkan akan memulakan tayangan pada bulan Jun nanti dengan satu episod baru setiap minggu.
Menurut khabar angin yang bertiup, khabarnya skrip untuk “The Penthouse 3” sudah pun mula ditulis dan bakal dipenuhi dengan pelbagai plot twist sehingga ke penghujungnya.
Kesemua pelakon dikatakan sedang sibuk menjalani penggambaran namun dalam masa yang sama cuba untuk membongkarkan sebarang spoiler.
Selepas penggambaran “The Penthouse 2” tamat pada penghujung Mac nanti, kesemua pelakon akan berehat dan bercuti selama dua minggu sebelum kembali ke set penggambaran bagi merasmikan rakaman musim ketiga pula.
Kalau anda nak tahu, “The Penthouse 3” nanti akan ditayangkan seminggu sekali sahaja berbanding dengan dua musim awalnya yang menayangkan dua episod baru pada saban minggu.
Tahun ini pun banyak sangat kdrama yang best-best akan keluar di Netflix dan Viu sampai penulis rasa tak cukup tidur nak marathon satu persatu.