Kartun ‘The Simpsons’ Peramal Masa Depan? Kejayaan Richard Branson Ke Angkasa Sudah Diketahui 7 Tahun Lalu );

Type to search

Adamedia Isu Best

Kartun ‘The Simpsons’ Peramal Masa Depan? Kejayaan Richard Branson Ke Angkasa Sudah Diketahui 7 Tahun Lalu

Share

Pada ahad yang lalu, sebuah sejarah telah tercipta apabila Richard Branson bersama beberapa orang krewnya yang lain telah berjaya merentas ke ruang angkasa dengan menaiki kapal rekaannya ‘Virgin Galactic’.

Namun begitu, selang beberapa hari kemudian, dunia dikejutkan apabila timbulnya spekulasi mengatakan bahawa ianya telah dirancang sejak tujuh tahun yang lalu.

Ianya berikutan peristiwa yang hampir sama, pernah dimainkan dalam satu episod kartun terkenal, ‘The Simpson’ pada tujuh tahun yang lepas.

simpsons

Episod komedi musim 25 berjudul ‘The War of Art,’ yang ditayangkan pada tahun 2014 itu menyaksikan watak animasi meneyerupai Branson sedang berada di angkasa.

Pada episod berkenaan, beliau dilihat sedang bersandar dan melihat lukisan sambil berlegar di ruang angkasa dengan menaiki kapal angkasa.

Lebih mengejutkan, ianya dikatakan seakan-akan mirip dengan video perkongsian beliau pada minggu lalu.

simpsons

Berikutan itu, orang ramai di seluruh dunia mula tampil dengan spekulasi masing-masing dan ramai yang mempercayai bahawa ianya merupakan ramalan ‘The Simpsons’.

 

Ianya bukan kali pertama siri kartun komedi ini merekodkan ramalan yang tepat.

Antara ramalan yang paling mencuri tumpuan adalah ketika peristiwa perlantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.

simpsons

Adakah siri kartun ‘The Simpsons’ benar-benar boleh meramal masa depan? Atau ianya hanyalah kebetulan semata-mata?

Sama-sama la kita tunggu dan lihat apa pula yang akan terjadi selepas ini.

Kalau nak tahu, jom layan kartun ‘The Simpsons’!

 

Sumber: people.com

 

Baca: Dobi Di Ruang Angkasa? NASA Hasilkan Mesin Basuh Buat Angkasawan
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!