Tiada Lagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai 2021

Type to search

Adamedia Edutainment Isu Best

Tiada Lagi UPSR Buat Pelajar Tahun 6 Mulai 2021

Share
ujian

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin telah mengumumkan pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) serta merta tahun ini. 

Pasti anda terkejut mendengar keputusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia kan? Yelah, kita semua dahulunya menjalani UPSR, tup tup tahun ni terus dimansuhkan sepenuhnya. Kenapa ya?

Banyak persoalan yang bermain difikiran ketika ini. Bagaimana mereka (pelajar tahun 6) ingin memasuki tahap menengah jika tiada peperiksaan seperti UPSR?

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, kementerian akan memperkasakan Pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PPBS) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Khusus (PKSK). 

“Sebilangan besar pelajar melihat USPR sebagai komponen untuk mendaftar ke sekolah berasrama penuh.

Namun, ketika PKSK dilaksanakan tahun lalu untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh, hanya satu per empat dari semua pelajar Sekolah Rendah 6 menduduki peperiksaan tersebut.

ujian

“Fokus utama kementerian adalah untuk memperkasakan PPBS dan PKSK bagi murid yang berhasrat memasuki sekolah berasrama penuh dan sebagainya,” katanya.

Jadi pelajar tahun 6 masih menduduki peperiksaan besar, bukan lagi UPSR, tetapi PPBS dan PKSK.

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!