Tips Tangani Masalah Badan "Berangin" - Verst Adamedia );

Type to search

Tips Tangani Masalah Badan “Berangin”

Adamedia Kesihatan Lifestyle

Tips Tangani Masalah Badan “Berangin”

Avatar
Share

Pernah tak antara kalian selalu sahaja rasa tak sedap badan, asyik keluar angin, pening dan sering sendawa.

Tapi ramai di antara kita sering menganggap benda ni remeh dan biasa sehingga ia boleh mendatangkan penyakit yag tidak kita ingini.

Penyakit “angin” ini datang dalam pelbagai bentuk antranya, stres, pemakanan yang tidak terjaga dan menelan angin. Menelan angin ini bermaksud semasa kita makan sesuatu kita sering menelan udara secara tidak sengaja.

Antara tips yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan “angin” dalam badan ialah:

1. Minum Halia

Halia memang terkenal sebagai sumber makanan dalam ubatan tradisional. Masyarakat zaman dahulu sering mengamalkan minum air halia untuk membuang angin. Untuk lebih enak anda boleh mencuba pelbagai resepi antaranya teh halia, air halia yang dicampur madu dan lemon.

Mangkuk, Teh, Jahe, Lemon, Minuman Panas

2. Makan Bawang Putih

Bawang putih juga berkesan untuk melegakan angin dalam badan kerana bertindak sebagai pengusir angin. Ambil seulas dan makan secara mentah, kemudian anda akan merasa sedikit panas badan dan angin akan keluar secara perlahan-lahan.

Bawang Putih, Bumbu, Bumbu Makanan

3. Senaman Relieving Wind Pose

Senaman ini bagus untuk mereka yang nak sihat disamping boleh membuang angin di dalam badan.Caranya ialah dengan baring dan kemudian tarik salah satu lutut secara perlahan-lahan menggunakan kedua belah tangan ke dada anda. Ulang pergerakan yang sama pada lutut lagi satu.

4. Amalkan Vitamin C

Vitamin C dapat meningkatkan imuniti dalam badan kita dan ketahanan kita akan lebih kuat. Kita sering mendapat “angin” kerana kurangnya ketahanan badan dan sering lesu.

Vitamin C, Vitamin, C, Kesehatan, Kapsul

Itu antara tips yang boleh digunakan untuk mereka yang menghidapi masalah ini. Jangan biarkan masalah angin begitu sahaja kerana ianya boleh menggangu emosi dan membuat anda lebih tertekan.

Sumber: Hijabista.com, SIrapLimau

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!