);

Type to search

Adamedia Isu Best

Top 5 K-Drama Yang Perlu Ada Dalam Senarai Anda Tahun 2020!

Share

Gelombang budaya pop (K-wave) dari Korea Selatan bukan sahaja mempengaruhi gaya hidup, fesyen malah emosi juga.

Mana tidaknya, hampir kesemua drama Korea mampu membuatkan emosi penonton berubah-ubah dalam masa yang singkat.

Boleh dikatakan dalam setiap drama cukup lengkap emosi yang dibawa seperti menangis, marah, rasa nak jerit, geram, bahagia.

Genre K-drama tidak pernah mengecewakan seperti perubatan, konflik, skandal, politik, penyiasatan, misteri dan banyak lagi.

Jadi, kami senaraikan untuk anda top 5 drama Korea yang perlu anda tonton tahun ini.

1) Crash Landing On You

Bagi mereka yang masih sukar untuk move on dengan drama berkonsepkan seperti Descendant of The Sun, Crash Landing On You wajib ada dalam senarai anda!

Drama ini berkisarkan Yoon Se-Ri (Son Ye-Jin) pewaris syarikat seorang konglomerat di Korea Selatan tidak sengaja terjatuh di wilayah Korea Utara dalam satu kemalangan.

Dia telah diselamatkan oleh Ri Jeong-Hyeok (Hyun-Bin) yang merupakan seorang anggota tentera Korea Utara.

Bagaimanakah pengakhiran percintaan inter-Korea ini?

Episod: 16 episod

Tarikh tayangan: 14 Disember 2019 – 16 Februari 2020

Hari tayangan: Sabtu & Ahad (21:00)

Genre: Cinta, konflik, politik

2) Stove League

Drama ini berkisarkan dua orang pengurus yang cuba menyelamatkan pasukan besbol Dreams yang menduduki carta tercorot dalam liga menjadi pasukan teratas #1.

Seung-Soo perlu bekerjasama dengan Pengurus Operasi Dreams Lee Se-Young (Park Eun Bin) untuk menukar nasib pasukan bisbol tersebut, namun cucu pengurus asal Dreams mempunyai agenda berbeza.

Dapatkah pasukan tercorot ini menduduki tangga teratas liga pada akhirnya?

Dengar kata drama ini juga berjaya menarik bukan peminat sukan untuk melekat di kaca televisyen.

Episod: 16 episod

Tarikh tayangan: 13 Disember 2019 – 14 Februari 2020

Hari tayangan: Jumaat & Sabtu (22:00)

Genre: Sukan, konflik, rasuah

3) Itaewon Class

Drama yang diadaptasi dari webcomic ini mengisahkan konflik antara dua keluarga dari kelas sosial berbeza.

Park Sae-Ro-Yi (Park Seo-Joon) baru sahaja keluar dari penjara dan mengambil keputusan untuk membalas dendam terhadap keluarga konglomerat Jang Dae-Hee.

Keluarga tersebut telah menyebabkan ayahnya kehilangan kerja dan mati dalam kemalangan jalan raya.

Bila duit menguasai semua, susah untuk orang bawahan nak dapatkan keadilan. Jika anda nak menonton drama ini anda memerlukan kesabaran yang sangat tinggi, setiap konflik yang terjadi pasti buat anda geram dan nak menjerit.

Episod: 16 episod

Tarikh tayangan: 31 Januari 2020 – 21 Mac 2020

Hari tayangan: Jumaat & Sabtu (23:00)

Genre: Cinta, dendam

4) Dr. Romantic 2 (Romantic Dr Kim Musim 2)

Drama genre perubatan dari korea Selatan tidak pernah mengecewakan. Bagi peminat yang telah mengikuti musim pertama pasti anda sangat menantikan musim seterusnya ini.

Meskipun terdapat beberapa watak utama berbeza dari musim pertama, konsep drama ini tidak lari jauh dari siri sebelumnya.

Drama ini mengisahkan kehidupan Kim bersama pelajar barunya selepas pelajar lamanya pergi atas urusan masing-masing.

Musim kedua ini memberikan sedikit gambaran pemergian Kang Dongjoo (Yoo Yeonseok) dan Yoon Seojung (Seo hyunjin) sewaktu musim pertama.

Bagi peminat drama berkonsepkan perubatan dan nak lihat bagaimana doktor menjalankan pembedahan, drama ini mampu memberikan gambaran hampir sama seperti realiti!

Episod: 16 episod

Tarikh tayangan: 6 Januari 2020 – 25 Februari 2020

Hari tayangan: Isnin & Selasa (22:00)

Genre: Perubatan, cinta

5) Black Dog

Ko Ha Neul (Seo Hyun Jin) berjaya menempatkan diri sebagai seorang guru sandaran di sebuah sekolah swasta.

Ha Neul berazam menjadi seorang guru sandaran sebagai penghargaan kepada bekas gurunya yang mati sewaktu menyelamatkannya dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Drama ini akan memberikan anda gambaran masalah yang sering dihadapi oleh seorang guru terutama guru sandaran.

Satu demi satu masalah yang timbul pasti membuatkan anda tidak senang duduk.

Episod: 16 episod

Tarikh tayangan: 16 Disember 2019 – 4 Februari 2020

Hari tayangan: Isnin & Selasa (21:30)

Genre: Romantis, misteri, sekolah

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!