Tragedi Helikopter Yang Pernah Berlaku Di Malaysia );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Tragedi Helikopter Yang Pernah Berlaku Di Malaysia

Farhana Syahirah
Share

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita kemalangan yang melibatkan dua helikopter sebelum terhempas di kawasan Taman Melawati, semalam. Sepanjang tempoh lima tahun ini, ia merupakan tragedi keenam kemalangan yang membabitkan pesawat.

Mari kita lihat tragedi-tragedi helikopter terhempas yang pernah berlaku di Malaysia.

8 November 2020

Tragedi terbaru helikopter terhempas ini serta meragut dua nyawa iaitu Mohamed Sabri Baharom, 56, beralamat di Wangsa Melawati, yang juga seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, beralamat di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Dua yang terselamat dalam kejadian itu ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51, yang menaiki sebuah lagi helikopter model 9M-HCA selepas berjaya melakukan pendaratan cemas di kawasan berdekatan.


27 Februari 2020

Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa enam anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU) terhempas di Kem Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jalan Air Panas, Tawau. Walau bagaimanapun, tragedi ini, kesemua anggota pasukan keselamatan itu selamat dengan hanya seorang cedera.


15 Ogos 2018

Tragedi Helikopter Robinson R-66 terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang menyebabkan dua juruterbang cedera ringan.

4 Oktober 2016

Tragedi Helikopter Nuri terhempas di atas bumbung Pusat Kemahiran Hidup, Sekolah Menengah Kebangsaan Balong, Tawau, Sabah, mengakibatkan 14 anggota tentera cedera.


5 Mei 2016

Tragedi Helikopter Eurocopter AS350 terhempas di Batang Lupar berhampiran Sebuyau, Sarawak, pada 2016 ini menyebabkan enam terbunuh termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.


4 April 2015

Tragedi pada 2015 ini melibatkan Helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor mengorbankan lima penumpang termasuk Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan juruterbang Kapten Clifford William Fournier.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!