Trailer Gempak & Menyeramkan, The Conjuring 3 Bakal 'Menghantui' Pawagam Tidak Lama Lagi );

Type to search

Adamedia Isu Best Movie Preview

Trailer Gempak & Menyeramkan, The Conjuring 3 Bakal ‘Menghantui’ Pawagam Tidak Lama Lagi

Share
trailer

Tidak dapat dinafikan lagi trailer filem seram bersiri yang ketiga ‘The Conjuring: The Devil Made Me Do It‘ masih menampilkan Ed dan Lorraine sebagai kesinambungan cerita. Mesti peminat setia Conjuring dah tak sabar kan?

Berita baik buat penggemar filem genre seram, trailer penuh Conjuring yang ketiga kali ini baru sahaja dilancarkan. Seperti yang diketahui, bagi babak sebelum ini kedua-duanya telah diarahkan oleh James Wann tetapi dalam filem ‘The Conjuring: The Devil Made Me Do It‘ akan menjadi entri utama yang pertama yang tidak diarah oleh James.

Sebaliknya, ia telah diambil alih oleh Michael Chaves yang pernah mengarah filem ‘The Curse of La Llorona’. Namun, James masih menjadi salah seorang tulang belakang Conjuring kali ini dengan memproduksikannya bersama Peter Safran. Kudos!

Sinopsis

‘The Conjuring: The Devil Made Me Do It’ mengungkapkan kisah mengerikan mengenai keganasan, pembunuhan dan kejahatan yang tidak diketahui serta mengejutkan.

Bahkan masih menginspirasikan realiti kehidupan penyiasat paranormal yang berpengalaman Ed dan Lorraine Warren. Salah satu kes yang paling sensasi dari fail mereka, ia bermula dengan memperjuangkan jiwa seorang budak lelaki, kemudian membawanya melampaui apa sahaja yang pernah mereka pernah lihat sebelum ini.

Warren perlu menangani kes pembunuhan yang berasal dari kawalan syaitan. Kes ini merupaka kes pertama di Amerika Syarikat kerana suspek menggunakan alibi yang dimiliki iblis untuk membela diri.

trailer

Saksikan trailer penuh di channel Youtube Warner Bros’s Pictures.

 

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!