Trending Kempen Kibarkan Bendera Putih, Isyarat Bagi yang Memerlukan Bantuan );

Type to search

Adamedia Isu Best

Trending Kempen Kibarkan Bendera Putih, Isyarat Bagi yang Memerlukan Bantuan

Share
bendera putih

Sikap prihatin rakyat Malaysia terbukti apabila apabila lebih ramai netizen menyahut seruan kempen mengibar bendera putih di pelbagai platform media sosial hari ini.

Ramai meluahkan rasa terharu dengan solidariti yang ditunjukkan dan menyifatkan ia sebagai lambang kekuatan rakyat.

“Kibarkan bendera putih menjadi satu daripada sebab mengapa saya bangga menjadi rakyat Malaysia.

Memetik tweet (ciapan) dari @SyazanaMI, dia terharu yang rakyat Malaysia sangat penyayang, bijaksana, baik hati dan pemurah. “Terima kasih rakyat Malaysia. Bukti bahawa kita boleh jaga kita.” ujarnya.

Kempen ini mendapat sambutan meluas daripada warganet yang rata-rata menawarkan sokongan dari segi moral dan bantuan keperluan kepada golongan yang terjejas pendapatan akibat wabak Covid-19.

Berikut adalah beberapa ciapan dari pengguna Twitter yang respon tentang kempen bendera putih ini.

Artikel Berkaitan: Perkara Viral Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

PKP 3.0 atau “total lockdown” mula berkuat kuasa pada 1 Jun selama dua minggu dan kini dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 28 Jun.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP 3.0 akan diteruskan sehingga jangkitan harian di bawah 4,000 kes.

[Sumber: Twitter]

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!