Truffle, Antara Makanan Termahal Dunia Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Infotainmen Makan

Truffle, Antara Makanan Termahal Dunia

Share

Truffle merupakan sejenis kulat yang tumbuh secara semula jadi dimana pertumbuhannya tidak boleh dikawal. Ia juga merupakan spesis kulat yang tumbuh sepenuhnya pada tanah dan akarnya akan melingkar ke pokok seperti pokok oak, poplar, bic dan banyak lagi.

Kulat ini akan memberikan nutrient dan mineral kepada pokok-pokok, dan pokok pula menerusi proses dengan matahari akan memberikan gula kepada kulat.

Bayangkan jika anda hanya makan beberapa hirisan hitam daripada truffle hitam ini sahaja sudah bernilai beribu ringgit di Paris. Dalam dunia kulinari, truffle hitam ini dikenali sebagai ‘Black Diamond’.

Tahukah anda, truffle putih lagi mahal daripada truffle hitam? Harganya boleh mencecah sehingga tiga kali ganda. Disebabkan ia amat sukar didapati. Harganya dianggar bernilai RM130, 000 untuk 100 gram.

Sebenarnya truffle merupakan makanan yang mudah didapati di Perancis ini dari tahun 1800 ke 1900. Namun selepas Perang Dunia Kedua, peperangan menyebabkan banyak hutan truffle musnah dan disebabkan itu juga lah harganya melonjak naik begitu mahal sekali kerana ia amat sukar untuk dijumpai pada abad ini.

Namun, penanaman hutan semula truffle telah bermula sejak 30 tahun lalu dan antara negara yang menanam tumbuhan kulat ini adalah Amerika Syarikat, New Zealand, Chile, Australia dan Perancis.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!