[VIDEO] Tular Isu Ambulans Berhenti Beri Laluan Pada Kenderaan VIP, Polis Tampil Beri Penjelasan );

Type to search

Adamedia Isu Best

[VIDEO] Tular Isu Ambulans Berhenti Beri Laluan Pada Kenderaan VIP, Polis Tampil Beri Penjelasan

Share

Baru-baru ini tular di media sosial apabila van ambulans dilihat berhenti dan ditahan bagi memberi laluan pada kenderaan VIP.

Walaupun bunyi siren kecemasan dipasang, ambulans berkenaan masih tidak diberi laluan oleh kenderaan di hadapannya.

Rombongan VIP itu telah mengundang kritikan orang ramai kerana telah menghalang laluan kenderaan ambulans yang sepatutnya lebih diutamakan.

Sehubungan dengan itu, pihak polis mengesahkan bahawa penilaian awal telah dibuat sebelum memberhentikan kenderaan tersebut dalam tempoh yang singkat.

Difahamkan, jika kenderaan terbabit tidak diarah berhenti dan diberi keutamaan, ia akan mewujudkan risiko kemalangan dan membahayakan pengguna lain di jalan raya berkenaan.

ambulans

 

ambulans

Walaubagaimanapun, tindakan tersebut telah diambil oleh pihak anggota trafik selaras dengan peruntukan mengikut Kaedah Lalu Lintas No 9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Buat anda yang beranggapan buruk, sedarlah bahawa ianya merupakan salah satu daripada kaedah yang digunakan dalam akta pengangkutan jalan raya.

Sekiranya anda ternampak van kecemasan ambulans berhenti, itu tandanya ada kenderaan VIP nak lalu la tau!

 

[Sumber: odisi]

 

Baca Juga: CEO Apple Sedia Hulur Bantuan Pada Malaysia Susulan Bencana Banjir Yang Menimpa

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!