Gara-gara Ugut Bapa Bakar Rumah Jika Tak Beli Burger, Lelaki Dipenjara 5 Bulan );

Type to search

Adamedia Isu Best

Gara-gara Ugut Bapa Bakar Rumah Jika Tak Beli Burger, Lelaki Dipenjara 5 Bulan

Share
ugut

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara lima bulan selepas mengugut bapanya dengan mahu membakar rumah sekiranya tidak dibelikan burger dan pulang dengan segera.

Tertuduh Mohammad Adib Akmal Mohd Sauffi, 29 tahun, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di kediamannya di Taman Bolton, Batu Caves, Selangor.

BACA JUGA: Pengganas Tembakan Kejam di Masjid Chirschurch New Zealand, Rayu Hukuman Penjara Dikurangkan

Bapa Diugut Melalui Telefon

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, bapa kepada Mohammad Adib Akmal keluar dari rumah untuk membeli makanan dan telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu.

Adib menyuruh bapanya membelikan burger dan pulang ke rumah dengan segera. Sekiranya permintaan tersebut tidak dituruti, Adib mengugut untuk membakar rumah.

Berikutan daripada itu, Mahkamah Majistret Selayang telah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadapnya selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut.

Ketika rayuan, Mohammad Adib Akmal yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, M Mariappan memohon mahkamah mengenakan hukuman yang ringan dengan alasan anak guamnya hanya berniaga kecil-kecilan dan berpendapatan RM1000 sebulan.

Dalam kes ini, tertuduh mengugut bapa kandungnya sendiri, tertuduh sepatutnya menjaga dan menghormati bapanya bukan mengugut.

Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada yang tertuduh.

Mahkamah memerintahkan Mohammad Adib Akmal menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada Selasa.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya.

[Sumber: Bernama]

Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!